MICET Daily Streaming

Wi-Fi Ditutup

Oleh Irwan On 5:12 PM

Sebelum ini pihak perpustakaan MICET menyediakan wi-fi kepada pelajar pelajar untuk melayari internet. Tujuan wi-fi dipasang diperpustakaan adalah sebagai alternatif kepada pelajar serta memudahkan pelajar mencari maklumat.

Tetapi kemudahan tersebut seperti ditarik balik. Apakah sebabnya? Adakah pemasangan wi-fi hanya sekadar tahi-tahi ayam serta menyejukkan hati pelajar kerana kemudahan internet agak teruk kawasan hostel dan sering terputus-putus. Apakah tindakan pihak perpustakaan menutup kemudahan wi-fi tersebut?

Apakah mereka tidak terfikir bahawa wi-fi itu satu kegunaan dan bukan satu kehendak? Mengapa tidak diteruskan kemudahan wi-fi tersebut? Mungkin mereka ada alternatif lain untuk memasang wi-fi. Sebagai contoh membina restoran KFC, McDonald atau pelbagai kedai yang menyediakan wi-fi. Itu aak melucukan sekiranya restoran tersebut dbina dalam MICET. Tidak perlu semua itu dibina dalam MICET, yang penting kemudahan wi-fi itu diteruskan untuk kegunaan bersama.

Adakah dengan adanya wi-fi, akan membantutkan pihak perpustakaan? Setidak-tidaknya pihak perpustakaan rasa bersyukur jika ramai pelajar memasuki perpustakaan dengan adanya kemudahan wi-fi ini serta mencari maklumat dalam internet dan mencari rujukan buku dalam perpustakaan. Itulah dikatan 2 dalam 1. Internet dan perpustakaan. Kemungkinan mereka hanya berfikir singkat dan kepentingan semata-mata. Fikir dan renunglah untuk kegunaan bersama.

Category : edit post

0 Response to "Wi-Fi Ditutup"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers