MICET Daily Streaming

Mahasiswa Tegakkan Hak Anda

Oleh Irwan On 2:32 AM

Selaku mahasiswa kita seharusnya peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita demi menyelamatkan maruah dari mereka yang tidak bermoral dan rosak akhlak. Sebilangan mereka ini suka menambil kesempatan ke atas pelajar yang terhimpit dengan masalah kewangan. Ini jelas menunjukkan mereka ini hanya memenuhi kantung poket mereka untuk melaksanakan serta menghalalkan cara walaupun ia salah.

Berhati-hatilah dalam berurusan dengan mereka ini. Kadang-kadang mereka boleh mencipta isu dem kepentingan mereka. Jika tidak berhati-hati maka masuk perangkap yang akan meninggalkan parut dan luka yang amat mendalam. Bila sudah ditinggalkan rasa takut maka dosa pahala itu hanyalah setaraf dan bertunjangkan nafsu serakah. Akan tiba suatu masa, kepentingan pelajar hanya bersifat rektorik seperti lakonan dipentas muzikal.

Aneh dan misteri pihak pengurusan sekarang ini. Apakah motif mereka yang sebenarnya? Semakin hari semakin teruk pengurusan mereka dan hanya sebilangan kecil ang jujur dan telus dalam melaksanakan kerja dan yang lain seperti dah ‘out of date’. Jika kelemahan ini tidak di atasi maka lebih parah system pengurusan ini.

Jadikan kelemahan sebagai pengajaran dan jangan menganggap mahasiswa itu lemah. Perlu diingat bahawa mahasiswa boleh meledakkan satu kuasa revolusi yang akan memberikan impak maksima. Kuasa ditangan anda tetapi jangan sampai mahasiswa membuktikan hak mereka. Bertindak adil dan telus berurusan dengan mahasiswa kerana mahasiswa mempunya ak mereka.

Category : edit post

1 Response to "Mahasiswa Tegakkan Hak Anda"

  1. anonymous Said,

    kami support anda. kenapa tidak buat petition?

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers