MICET Daily Streaming

Sekelas Kena ‘Barred’?

Oleh Irwan On 4:09 PM

Percayakah anda dengan sekelas kena ‘barred’ dari mengambil peperiksaan? Percaya atau tidak itu adalah realiti dalam MICET ini.kejadian berlaku kepada pelajar sesi Julai 2008. Aduhai malangnya basib mereka. Semua ini berlaku gara-gara yuran tidak dijelaskan. Sebab yuran, mereka kena ‘barred’.

Sebenarnya ini salah siapa sehinggakan berlaku demikian. Adakah salah pensyarah, pelajar, MARA, pihak kewangan atau HEM? Kenapa perkara seperti perlu di perbesarkan oleh pihak tertentu?

Pihak kewangan mendesak pelajar agar menjelaskan yuran tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kesulitan sebelum menduduki peperiksaan. Tidak terfikirkah mereka macam mana pelajar mahu mendapatkan duit sebanyak RM5750 untuk peringkat ijazah dan RM4000 bagi peringkat diploma. Mereka hanya tahu kutip tapi tidak pernah merasai kesusahan pelajar.

Kenapa menyuruh pelajar menjelaskan demikian? Sedangkan ada lagi pelajar yang belum mendapat pinjaman. Kalau betul pun, duit yang pelajar dapat itu adalah duit saran hidup, bukannya duit pengajian. Tidak adillah jika menghukum pelajar sedemikian. Kalau pihak kewangan itu cerdik, sepatutnya mengeluarkan memo kepada pelajar yang mendapat pinjaman supaya menjelaskan yuran atau satu cara yang dapat diterima oleh pelajar. Bukannya disaat akhir baru nak berbunyi.

Jelaskan kepada pelajar secara telus dan jangan mahu melihat pelajar itu terhimpit. Bila terdesak, pelajar jadi kerakusan pihak kewangan dengan pelbagai tekanan yang melanda pelajar. Pelajar bukan penghutang tetapi peminjam yang berkontrak dan ada perjanjiannya.

Selepas ini apa akan jadi kepada pelajar selepas status di bawah MARA telah ditukar kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kemungkinan lagi bermasalah. Satu cara sahaja untuk melancarkan proses seperti ini iaitu menggantikan sistem pengurusan yang baru. Pengusan yang lama dah sampai ‘expired date’ dan tidak berguna lagi.

Category : edit post

0 Response to "Sekelas Kena ‘Barred’?"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers