MICET Daily Streaming

UniKL Bukan Bawah MARA?

Oleh Irwan On 10:05 AM

Selepas ini UniKL bukan lagi di bawah MARA sebaliknya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Keadaan ini terjadi selepas kabinet telah mengecilkan skop serta membubarkan fungi kementerian itu semalam.


Tiada lagi kepentingan kaum bumiputera yang selama ini dengan adanya Majli Amanah Rakyat (MARA). Tujuan MARA ditubuhkan untuk kepentingan bumiputera. Selepas ini UniKL akan mengikuti jejak UiTM yang mana akan dijadikan IPTA suatu hari nanti.


Tiada lagi tajaan MARA kepada pelajar bumiputera jika keadaan ini berlaku. MARA akan diganti dengan PTPTN ataupun JPA jika UniKL jadi IPTA.

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan:

  • Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
  • Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  • Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
  • Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.
  • Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.
  • Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.
  • Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Category : edit post

0 Response to "UniKL Bukan Bawah MARA?"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers