MICET Daily Streaming

Lawatan MQA

Oleh Irwan On 2:24 AM 0 Komen

Pada hari ini MQA (Malaysia Qualification Acreditation) akan mengadakan lawatan selama 2 hari bemula pada 26-27 Februari 2009. Kedatangan kali ini adalah membuat penilaian kepada pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Biosistem. Semua pelajar Biosistem terlibat bermula dari semester 2 hingga semester 6.

Sesi MQA bersama pelajar BBET akan bermula jam 2 petang yang mana seramai 29 pelajar BBET ang telah dipilih secara rawak. Sesi pertama seramai 5 orang dan diikuti seramai 3 oran selepas setiap sesi.

Semoga pelajar BBET melepasi ujian ini dan sekali gus diiktiraf sebagai kursus yang diakreditasi oleh MQA. Semoga berjaya kepada yang telibat dan juga Jabatan Biosistem.

Reaksi: 
Category : edit post

Datang Bulan

Oleh Irwan On 2:03 AM 0 Komen

Ada orang bahagian ASRA yang agak sombong dan asyik bermasam muka dengan pelajar ini berkemungkinan datang bulan. Setiap masa asyik nak marah pelajar. Kenapa bersikap demikian? Datang kerja nak tunjuk berlagak atau memang dia jenis spesis yang boleh dibela. Nak kata datang bulan, mesti ada 'time' juga. Takkan datang bulan memanjang. Ini mesti ada yang tidak kena.

Kalau datang kerja hanya nak makan gaji buta, menjawab la engkau kat dalam kubur nanti. Cubalah mesra pelanggan dengan pelajar. Kalau engkau asyik tunjuk berlagak, baik duduk tepi-tepi jalan. Kemungkinan orang ini juga ada masalah mental atau sedikit gangguan hidup.

Bukan semua orang di bahagian ASRA macam dia. Hanya dia seorang sahaja yang jenis macam spesis nak pupus ini. Susah sangat ke nak bagi senyuman kepada pelajar. Bukan kene bayar pun. Tuhan sudah beri segalanya tapi engkau tidak mahu bersyukur. Datang kerja menghadap komputer sambil main 'chatting' guna YM (Yahoo Massenger). Adakah ini kerja dia sebagai orang yang menguruskan masalah pelajar. Menambahkan beban pelajar lagi ada.

Kenapa spesis ini kita bela dalam MICET? Lagi menyusahkan ada la. Orang seperti ini bukan aset tetapi liabiliti. Jangan hanya datang melenkapkan tugas harian lepas itu balik. Tunjukkan sikap positif kepada pelajar dan jangan asyik datang bulan. Kalau ada masalah dalaman, pergi buat pemeriksaan di hospital. Jangan samapi tahap 'nazak'. Mental pun kena jaga jangan sampai jadi gila.

Diharapkan orang seperti ini bekerjalah dengan jujur. Kita bekerja bersama masyarakat jadi tunjukklah teladan yang sebaiknya sebagai orang yang berkerja. Matang dalam membuat penilaian. Anda mampu mengubahnya sebelum anda gelabah bila tidak mampu.

Reaksi: 
Category : edit post

Tahukah bajet Karnival Sukan 2008 yang bertempat di MICET adalah berjumlah RM91 508.95. Jumlah ini merangkumi kos sukan dan pelbagai kegunaan lain sepanjang berlangsungnya karnival sukan tersebut.

Itulah jumlah sebenar kos semasa karnival Sukan 2008 yang berlangsung di MICET.

Reaksi: 
Category : edit post

Apakah tujuan sebenar kad aktiviti diedar kepada mahasiswa? Apakah kepentingan kepada mahasiswa? Kenapa kad tersebut perlu dijelaskan sebelum cuti pertengahan semester? Kenapa terlalu awal kad tersebut dikutip?

Kampus baru dibuka baru 2 bulan tetapi kenapa kad aktiviti perlu dihantar segera kepada penyelia asrama sedangkan masih banyak aktiviti yang belum berlangsung pada semester ini. Tindakan ini menimbulkan tanda Tanya kepada sebahagian mahasiswa untuk pendaftaran asrama sesi Julai 2009.

Salahkah kad aktiviti ini dikutip pada akhir bulan Mac kerana bulan Mac masih ada program yang besar seperti Maulidur Rasul, Forum, Bubur Lambuk dan sebagainya yang berkaitan dengan aktiviti pelajar. Semua ini merupakan program atau hanya sekadar pelengkap jadual aktiviti pelajar. Tidak pentingkah program seperti ini?

Kita hanya memikirkan kepentigan diri tetapi tidak untuk kepentingan mahasiswa. Ini juga merupakan satu bentuk rasuah yang berbentuk materialistic. Satu ugutan kepada mahasiswa. Jika mahasiswa tidak terlibat program maka tidak dapat asrama. Jadi ramailah mahasiswa yang berebut-rebut mahukan asrama dengan terlibat dengan aktiviti tetapi tidak menghayati dengan betul dan hanya sekadar memenuhi ruang kad aktiviti dengan cop bagi menunjukkan mereka ‘aktif’ tetapi pasif pemikiran.

Amalkanlah sikap seperti ini supaya mahasiswa akan jadi pak turut sampai bila-bila. Mahasiwa dikongkong oleh material bukan berjuang untuk menolak material. Mahasiwa mempunyai maruah dan bukannya seperti plastik yang akhirnya akan dikitar semula.

Reaksi: 
Category : edit post

Bilik Setiap Blok

Oleh Irwan On 1:39 AM 0 Komen

Tahukah anda sebagai mahasiswa MICET tentang bilik di setiap blok. Di MICET mempunyai 5 blok yang mana 2 blok lelaki iaitu Blok D dan E manakala 3 blok untuk perempuan iaitu Blok A, B dan C. Jumlah keseluruhan bilik adalah sebanyak 197 buah bilik yang mana 37 bilik bagi Blok A dan B, 35 bilik untuk Blok C, dan 44 bilik untuk Blok D dan E.

Bagi blok A kapasiti setiap bilik adalah seramai 151 orang bersamaan 37 bilik. Blok B mempunyai kapasiti bilik adalah seramai 149 orang bersamaan 37 bilik. Blok C pula ada 140 orang bersamaan 35 bilik. Untuk Blok D kapasiti adalah seramai 152 orang bersamaan dengan 44 bilik dan Blok E mempunyai kapasiti seramai 179 orang bersamaan 44 bilik.

Jumlah penghuni asrama lelaki adalah seramai 331 orang dan penghuni asrama perempuan adalah 440 orang. Jumlah keseluruhan penghuni Desa Ar-Razi adalah seramai 771 orang.

Bagi bilik tambahan pula, sebanyak 5 buah bilik bersamaan dengan 12 orang bagi pelajar lelaki dan 9 buah bilik bersamaan 24 orang pelajar. Bilik khas ini adalah untuk pelajar Sheffield.

Kepada mahasiswa, ini adalah pecahan sebenar komposisi bilik megikut blok dan jantina. Ketahuilah kenapa anda layak atau tidak untuk menghuni asrama..

Reaksi: 
Category : edit post

Sah Letak Jawatan

Oleh Irwan On 11:32 AM 0 Komen

Seperti sedia maklum, krisis dalaman exco JPM (Jawatan Perwakilan Mahasiswa) telah berlanjutan sehingga hari ini dan tindakan exco tersebut telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Exco Perhubungan Serantau telah membuktkan mereka idak sebumbung lagi. Kerusi JPM sekarang berkemungkinan akan berkurang satu menjadi 11 kerusi.

Sebelum ini kerusi JPM hanya menang tanpa bertanding selama 2 musim berturut-turut bermula tahun atau sesi 2006/07 dan sesi 2007/08. Ini kerana kurang minat pelajar dalam perebutan kerusi dalam JPM.

Sesi kali ini agak sengit pilihanraya kampus MICET dengan pelbagai poster calon-calon yang beranding. Namun, semua itu telah terkubur dek gara-gara perletakkan jawatan exco tersebut. Kuasa atau mandat yang telah diberikan mahasiswa telah dinafikan dan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai mahasiswa telah terkubur begitu sahaja.

Selepas ni, pilihlah wakil-wakil yang bertanggungjawab agar tidak berlaku seperti ini untuk sesi PRK (Pilihan Raya Kampus) yang akan datang atau sesi 2009/10.

Reaksi: 
Category : edit post

JPM 2007/08 VS JPM 2008/09

Oleh Irwan On 5:45 PM 0 Komen

Selama ini kelemahan pihak JPM berlaku kerana kelemahan dalaman atau tidak serasi dengan kehendak exco-exconya. Kita sedia maklum bahawa pada peringkat permulaan memanglah ada kelam kabut untuk serasi antara satu sama lain. Tetapi kenapa kelemahan demi kelemahan dalaman didedahkan kepada mahasiswa sehinggakan ada yang tahu JPM ini porak-peranda?

Apa yang berlaku seperti ada perebutan kuasa antara sebilangan exco-exco dalam JPM. JPM sesi 2007/08 seperti tidak berpuas hati dengan exco-exco sekarang (JPM 2008/09). Alasan yang diberikan oleh bekas exco terdahulu adalah, exco sekarang atau JPM sekarang tidak melaksanakan program.

Pada sesi JPM 2008/09, ahli-ahlinya terdiri daripada muka-muka baru dan beberapa muka lama. Muka-muka lama yang bertanding kali ini adalah untuk melaksanakan apa yang belum dilaksanakan olehnya ketika era ‘pemerintahan’ lepas. Jadi mereka seperti tidak berpuas hati dan ada yang mencabar untuk meletakkan jawatan gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak HEM. Pihak HEM tersebut bukan semua yang terlbat tetapi mungkin ada ‘target’ yang dihalakan kepada orang dalam HEM.

Apakah perjuangan mereka sebenarnya? Menjatuhkan pihak HEM atu membela mahasiswa? Exco tersebut ternyata gagal untuk membela mahasiswa dan kemungkinan ada dalang yang cuba menghasut exco tersebut untuk menentang pihak HEM. Kenapa mahu meletakkan jawatan sekiranya anda di pihak yang benar? Atau ada konspirasi kepentingan diri sehingga sanggup meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Tetapi exco tersebut belum lagi meletakkan jawatan sebagai exco. Cuma rasa tidak puas hati antara exco-exco yang lain.

Katakanlah exco tersebut mahu membubar JPM. Adakah dia berkuasa kerana dalam JPM ada 12 kerusi dan hanya 2 kerusi dalam JPM yang memberontak. Jadi jumlah tinggal 10 kerusi. Boleh ke 2 kerusi hendak menentang 10 kerusi? Pelikkan? Pembubaran JPM hanya boleh berlaku jika ada undi tidak percaya antara JPM atau dengan bidang kuasa berkaitan. Tetapi mereka ini hanya main sebat je.

Kematangan mereka tidak diterjemah dengan betul sebagai wakil kepada mahasiswa sedangkan mahasiswa mahukan mereka berkhidmat untuk mereka. Untuk apa semua in belaku? Tunggu dan lihat.

Reaksi: 
Category : edit post

Exco JPM Tidak Sekepala

Oleh Irwan On 8:52 PM 0 Komen

Kedengaran desas-desus mengatakan ada exco JPM yang tidak berpuas hati sesama mereka gara-gara JPM sesi 2008/09 tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak banyak isu mahasiswa yang diketengahkan. Jadi, mereka ini 'memberontak' tatkala kestabilan JPM itu sendiri mempunyai krisis kepimpinan.

Bukan semua exco yang terlibat dengan kes mereka ini. Exco tersebut bagaikan cacing kepanasan kerana mereka merasakan dipinggirkan dalam JPM itu sendiri. Adakah mereka dipinggir atau mereka yang meminggrkan diri mereka sendiri? Hanya exco itu mampu menjawabnya.

Kemungkinan ada dalang yang menghasut exco tersebut bertindak demikian sehinggakan mahu dibubar JPM itu sendiri (macam isu di Perak). Kestabilan politik kampus banyak 'diatur' oleh mereka yang mahu kepentingan diri bukan membela hak mahasiswa. Ini jelas menunjukkan mereka bertanding atas tiket mahu hak keistimewaan semata-mata seperti penginapan asrama dikecualikan selama setahun dan bukan membela mahasiswa. Siapakah yang susah? Mahasiswa atau JPM?

Alangkah ruginya mahasiswa yang memilih exco ini kerana mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan oleh mereka. Mereka selalu ponteng mesyuarat tanpa sebab yang munasabah. Apakah mereka 'diculik' untuk tidak menghadiri mesyuarat? Mereka dirasuah? Memberontak? Semua itu hanya exco tersebut yang mengetahui.

Janganlah jadi seperti katak yang suka melompat tapi akhirnya mati kena gilis dengan tayar kereta. Akhirnya mati katak. Berkhidmatlah dengan jujur dan amanah. Mahasiswa telah beri mandat pada anda tetapi anda mensia-siakan peluang ini gara-gara ingin melaksanakan kepentingan diri.

Reaksi: 
Category : edit post

Rasuah Dalam Kampus?

Oleh Irwan On 11:39 PM 0 Komen

Semangat juang yang tinggi wakil Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa dalam melaksanakan tugas-tugas mewaikili mahasiswa MICET adalah disanjungi jika mereka melaksanakan hak mahasiswa dengan sebaiknya. Adakah ini akan berlaku sampai bila-bila?

Persoalannya sekarang adakah ia benar-benar dalam melaksanakan tugas-tugas mereka yang diamanahkan mahasiswa dalam pilihan raya kampus tempoh hari. Pemilihan adalah ditentukan oleh mahasiswa pada 17 Oktober 2008 dengan mengundi calon-calon yang mereka anggap sesuai untuk membawa isu-isu mereka.

Sebelum pilihan raya kampus berlangsung, pelbagai slogan dan manifesto yang dilaungkan oleh calon-calon yang bertanding dan ada yang mengatakan ‘kami akan laksanakan tugas dengan sebaiknya dan kami tidak akan dipengaruhi oleh pihak HEM (Hal Ehwal Mahasiswa).

Setelah beberapa bulan berlalu, JPM masih gagal melaksanakan ‘tugas-tugasnya’ dengan baik kerana masih lagi ada segelintir perwakilan merebut jawatan paling tinggi. Mereka terlalu mementingkan hak mereka daripada hak mahasiswa sehingga berlaku krisis kepimpinan dalam JPM itu sendiri. Bagaimana nak membela hak mahasiswa dikala ada krisis kepimpinan JPM itu sendiri?

Mungkin ada yang masih baru dalam melaksanakan tugas ‘besar’ ini. Itu tidak mengapa kerana boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Membentuk organisasi baru bukanlah mudah tetapi tidak mustahil. Segala peraturan dan perancangan haruslah seiring dengan matlamat agar tidak berlaku perselisihan faham.

Apakah fungsi JPM dalam melaksanakan tugas-tugas? Ada beberapa ahli JPM itu sendiri kadang-kadang mempunyai masalah antara satu sama lain. Apakah perancangan mereka diatur agar tidak lantang bersuara dalam membawa isu-isu pelajar? Siapakah ‘mastermind’ dalam percaturan ini sehinggakan ada yang ‘dikondem’ untuk tidak mendedahkan kelemahan pihak HEM. Adakah JPM berfungsi untuk HEM atau mahasiswa? Anda dapat menilainya.

Reaksi: 
Category : edit post

Mereka Tidak Matang

Oleh Irwan On 4:26 PM 0 Komen


Malam tadi berlaku sedikit kekecohan antara pelajar yang menetap di luar kampus dengan staff MICET yang juga merangkap felo blok lelaki. Semua ini gara-gara pelajar meletakkan kenderaan di petak staff.

Keadaan seperti ini sememangnya dijangka akan mencetuskan kontroversi kerana sebelum ini ramai pelajar mengadu dan tidak berpuas hati dengan staff berkaitan isu tempat kenderaan ini. Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini. Pelajar atau staff tersebut?

Kalau diikutkan sememangnya pelajar yang salah kerana meletakkan kenderaan dipetak tempat kenderaan staff. Itu sepatutnya silap pelajar dan pelajar tidak boleh mempertikaikan kes tersebut. Pelaksanaan peraturan telah digazetkan dan sesiapa yang salah tempat akan dirantai kenderaan mereka.

Akan tetapi yang menjadikan isu kecil ini menjadi besar adalah ketidakmatangan pihak staff. Mereka menunjukkan ‘belang’ mereka dengan menghalang kereta pelajar yang menginap diluar sebagai tanda tidak berpuas hati kerana pelajar tersebut meletakkan kenderaan di kawasan mereka.

Walhal kalau diwaktu siang, staff tersebut tidak pernah meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan kenapa pada malam semalam mereka tunjuk hebat dengan menyuruh pengawal keselamatan menguncikan kereta pelajar.

Adakah dengan mengunci kereta pelajar akan meredakan segala-galanya dan kemarahan pelajar sedangkan di siang hari mereka meletakkan kenderaan sesuka hati. Semua ini hanya bersifat kosmetik dan plastik.

Apa salahnya jika bertanya dan berbincang dengan pelajar yang menetap diluar mengenai tempat letak kereta kerana pada masa yang sama pelajar tersebut ada perbincangan di kafe dan masa itu juga pelajar berkenaan mahu beredar.

Jika pelajar asrama yang meletakkan kenderaan di petak staff, bolehlah kita bagi amaran tetapi ini pelajar luar yang hanya datang dan balik bila sampai waktu. Takkan pelajar tersebut hendak meletakkan kenderaan di tempat yang jauh.

Semua ini boleh diselesaikan jika membenarkan pelajar tersebut keluarkan kenderaan mereka selepas itu staff tersebut bolehlah meletakkan kenderaan tetapi dipanjangkan sampai peajar tersebut membuang masa dengan kerenah mereka yang tidak matang ini.

Sekarang ini pelajar sudah dapat menilai sikap staff yang matang dengan pra-matang. Kenapa harus bermusuh dengan pelajar jika kita sendiri yang melakukan kesalahan. Jadilah seperti orang matang. Jangan terlalu mengikut emosi kerana itu melambangkan pengurusan diri yang bermasalah. Sabar dengan keadaan dan tunjukkan sikap yang profesional.

Reaksi: 
Category : edit post

Tahniah!

Oleh Irwan On 6:26 PM 0 Komen

Kepada pasukan yang menjuarai karnival sukan pada kali ini sesi Januari 2009 dapat diteruskan lagi untuk sesi akan datang dan terus dengan semangat kesukanan. Dengan kejayaan semalam membuktikan sesebuah pasukan itu harus berwaspada untuk beraksi pada musim akan datang.

Pasukan yang kurang bernasib baik perlu mencuba untuk sesi akan datang dan ini tidak bermakna sekali tewas akan tewas untuk kali kedua.

Majlis Perasmian penutup diadakan di padang bola sepak yang disempurnakan oleh Dekan MICET, Prof. Azanam Shah B Hashim.

Semoga karnival sukan akan datang membentuk lebih ramai atlet-atlet yang berkebolehan untuk menerajui MICET ke kancah yang lebih berprestij lagi. Segala kelemahan pihak pengurusan sukan kali ini harus dikaji dan diteliti supaya tidak berlaku sebarang kecacatan seperti pertembungan jadual perlawanan dan kelemahan dalam mengendalikan sesuatu sukan.

Majulah sukan demi kampus MICET.

Reaksi: 
Category : edit post

Mana Maruah?

Oleh Irwan On 12:48 PM 0 Komen

Sebahagian pelajar MICET yang beragama Islam berpakaian tetapi telanjang dan kadang-kadang ada yang berpakaian seperti memakai baju adik. Mungkinkah mereka berkongsi pakaian dengan adik sehinggakan terpaksa memakai pakaian yang ketat lagi sendat? Mungkin Islam hanya pada nama sahaja. Kalau pada nama itu tidak hairan tetapi iman dan amal itu lagi penting dan perlu dititik beratkan.

Mungkin bagi mereka ini adalah trend atau hak asasi mereka tetapi mereka tidak fikir akan hak asasi ini hak siapa. Siapa yang menciptakan mereka pun mereka tidak sedar? Kata mereka kubur ini masing-masing tetapi siapakah yang akan mengusung mereka ke kubur kalau bukan orang ramai? Kalau masa hidup menyusahkan orang, mati pun akan menyusahkan orang. Mereka tidak sedar mereka dilahirkan dalam keadaan hina dengan hanya setitis air mani yang mana ayam tidak patuk itik tidak sudu? Hina tak kita? Sedarlah manusia kejadian kita adalah hina kecuali kita sedar akan kewujudan yang Maha Esa.

Ajaran mana yang perlu kita ikuti kalau bukan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Apa yang dibawa Rasulullah itu cukup sempurna dan juga adalah yang terbaik sebagai ikutan sebagai seorang umat Islam serta untuk mendidik umat Islam agar tidak sama dengan orang bukan Islam. Cara berpakaian, makan, tidur dan sebagainya. Semuanya kita perlu ikuti. Dalam petikan ayat Al-Quran ada menyebut pasal pemakaian.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah al-Ahzab: 59


Perlu diingat bahawa siapa yang layak untuk melihat aurat kita. Petikan ayat Al-Quran ini menerangkan segalanya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”
Surah an-Nur: 30


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 
Surah An-Nur: 31


Setiap kejadian Tuhan telah ditetapkan tetapi kita disuruh untuk berusaha melakukan kebaikan. Pengampunan Allah itu lebih besar Cuma kita yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Lagi sombong ada la. Tuhan hanya berikan kita pinjaman sementara dan akan tiba masanya kita harus memulangkannya semula kepada penciptaNya. Hanya masa yang membezakan siapa yang harus memulangkan pinjaman tersebut. Sama ada bayi yang baru lahir, golongan remaja, ataupun orang tua. Semuanya akan mati. Kebaikan dan keburukan seseorang itu telah diketahui oleh penciptaNya. Sama ada lelaki ataupun perempuan. Ayat Al-Quran bermaksud:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah an-Nur: 26


Semua kejadian adalah ditentukan olehNya tetapi apakah tindakan kita untuk bertemu denganNya suatu hari nanti? Layakkah kita ke syurga atau sebaliknya. Fikirkanlah.


Reaksi: 
Category : edit post

Xpax Di Kampus

Oleh Irwan On 6:01 PM 0 Komen

Hari ini syarikat telekomunikasi terkenal, CELCOM telah mengadakan jualan pek permulaan edisi kampus (University Of X) bersama mahasiswa MICET buat kali kedua selepas akhir bulan november tahun lepas.

Sambutan terhadap jualan ini mendapat sambutan daripada mahasiswa MICET yang inginkan satu kadar panggilan dan sms berpatutan selaras sebagai mahasiswa kampus. Kaunter jualan bermula jam 11.00 pagi dan berakhir 6 jam kemudian iaitu jam 5.00 petang tadi.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya jualan bergerak ini akan membantu dan memberi peluang kepada mahasiswa yang ingin mendapatkan edisi kampus ini. Gunalah kemudahan komunikasi yang telah disediakan. Elakkan menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan.

Reaksi: 
Category : edit post

Sarang tikus atau bilik TV

Oleh Irwan On 12:38 PM 0 Komen

Keadaan bilik TV Blok E bagaikan sarang tikus dengan keadaan biliknya yang bersepah dan bertaburan kertas surat khabar. Ini menunjukkan sikap pelajar MICET yang hanya pandai membaca tetapi cetek kesedaran sivik. Selepas ini dicadangkan pelajar MICET perlu mengambil kursus sivik agar mereka tahu akan kepentingan an berpengetahuan akan kesedaran sivik ini.

Gambar menunjukkan suasana seperti tempat pembuangan sampah dengan kertas berselerakan dan batang penyapu. Harapkan karpet baru sahaja yang terbaik tetapi sikap elajar yang kurang baik. Jangan salahkan makcik ‘cleaner’ jika keadaan ini berlaku sedemikian. Semua ini sdalah pelajar yang tiak menjaga kekemasan bilik tersebut. Mereka hanya tahu menggunakan bilik itu sahaja tetapi tidak pandai untuk mengemasnya kembali.

Bersama-sama pelajar Blok E menjaga kebershan. Anda adalah mahasiswa yang berada di ampus bukan dijalanan. Rasa malu atas perbuatan anda itu.


Reaksi: 
Category : edit post

Banyak tempat kenderaan telah disediakan kepada pihak staff namun mereka masih tidak menggunakan tempat yang telah disediakan. Jika mahasiswa salah meletak kenderaan, dirantai kenderaan mahasiswa tersebut tetapi jika staff salah meletakkan kenderaan, dibutakan sahaja pandangan mereka untuk merantai kenderaan tersebut.

Sikap ini menunjukkan tidak ada ketelusan dalam melaksanakan peraturan kepada staff dan mahasiswa. Jika keadaan ini berlaku akan ada jurang antara staff dan mahasiswa. Semua orang dapat menilai mana yang baik dan buruk sesuatu keadaan itu.

Laksanakanlah peraturan dengan jujur dan bukan hanya sekadar kosmetik atau ‘double standard’ dan ini akan memberikan kesan bahawa perlaksanaan peraturan hanya mengikut musim sahaja. Keadaan tempat kenderaan ini ‘biasanya’ disalah guna adalah di tepi surau menghadap kafe staff. Kenderaan diletakkan sesuka hati sedangkan tempat meletakkan kenderaan telah disediakan di hadapan surau.

Diharapkan kepada mereka yang terlibat dalam ‘penyalahgunaan’ tempat meletakkan kenderaan ini berwaspada agar tidak melakukan ini demi kebaikan bersama. Tidak salah kalau meletakkan kenderaan yang disediakan. Betul tak?

Jadi, selepas ini sama-samalah kita ikut peraturan yang telah disediakan tidak kira mahasiswa ataupun pihak staff. Rasa hormat antara satu sama lain menunjukkan sikap warga MICET adalah yang terbaik bukan macam tuan dengan hamba. Hapuskan konsep penindasan oang bawah. Semua orang adalah sama kuat dan sama lemah. Jadi jangan bersikap mementingkan diri.

Reaksi: 
Category : edit post

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers