MICET Daily Streaming

Exco JPM Tidak Sekepala

Oleh Irwan On 8:52 PM

Kedengaran desas-desus mengatakan ada exco JPM yang tidak berpuas hati sesama mereka gara-gara JPM sesi 2008/09 tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak banyak isu mahasiswa yang diketengahkan. Jadi, mereka ini 'memberontak' tatkala kestabilan JPM itu sendiri mempunyai krisis kepimpinan.

Bukan semua exco yang terlibat dengan kes mereka ini. Exco tersebut bagaikan cacing kepanasan kerana mereka merasakan dipinggirkan dalam JPM itu sendiri. Adakah mereka dipinggir atau mereka yang meminggrkan diri mereka sendiri? Hanya exco itu mampu menjawabnya.

Kemungkinan ada dalang yang menghasut exco tersebut bertindak demikian sehinggakan mahu dibubar JPM itu sendiri (macam isu di Perak). Kestabilan politik kampus banyak 'diatur' oleh mereka yang mahu kepentingan diri bukan membela hak mahasiswa. Ini jelas menunjukkan mereka bertanding atas tiket mahu hak keistimewaan semata-mata seperti penginapan asrama dikecualikan selama setahun dan bukan membela mahasiswa. Siapakah yang susah? Mahasiswa atau JPM?

Alangkah ruginya mahasiswa yang memilih exco ini kerana mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan oleh mereka. Mereka selalu ponteng mesyuarat tanpa sebab yang munasabah. Apakah mereka 'diculik' untuk tidak menghadiri mesyuarat? Mereka dirasuah? Memberontak? Semua itu hanya exco tersebut yang mengetahui.

Janganlah jadi seperti katak yang suka melompat tapi akhirnya mati kena gilis dengan tayar kereta. Akhirnya mati katak. Berkhidmatlah dengan jujur dan amanah. Mahasiswa telah beri mandat pada anda tetapi anda mensia-siakan peluang ini gara-gara ingin melaksanakan kepentingan diri.

Category : edit post

0 Response to "Exco JPM Tidak Sekepala"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers