MICET Daily Streaming

Terhad

Oleh Irwan On 7:40 AM

Keadaan kawasan meletakkan kenderaan yang penuh kadang-kadang banyak mengundang masalah. Sebagai contoh kawasan meletakkan kenderaan bagi pelajar lelaki telah penuh dan ada segelintir pelajar melatakkan kenderaan berlapis dan tersusun di sebalik kenderaan lain sehinggakan menyukarkan untuk kenderaan keluar masuk dan tempat terlalu terhad.

Sama seperti dengan pelajar perempuan, tempat meletakkan kenderaan di bahagian blok A berdekatan padang sudah pun penuh. Keadaan ini memaksa pelajar meletakkan kenderaan di kawasan petak staff secara ‘sengaja’ bukan kerana mahu meletakkan kenderaan tetapi keadaan tempat meletakkan kenderan di blk A sudah penuh. Kawasan yang dimaksudkan adalah kawasan kafe.

Oleh yang demikian, diharapkan pihak yng bertanggungjawab mengambil tindakan yangsewajarnya bagi menangani masalah kesesakkan kawasan meletakkan kenderaan ini. Jangan kerana tidak cukup kawasan meletakkan kenderaan, kereta pelajar dirantai kerana pelajar meletakkan di kawasan yang salah.

Sebelum menghukum pelajar, kaji dahulu siapa yang bersalah sama ada pelajar atau pengurusan. Sediakan tempat meletakkan kenderaan ‘bertingkat’ jika mahu pelajar meletakkan kenderaan di tempat yang betul. Jangan dipersalahkan mereka yang tidak meletakan kenderaan di tempat yang betul. Bukan masalah salah meletakkan kenderaan tetapi masalah tempat yang terhad. Kajilah secara menyeluruh dan jangan hanya mencari kesalahan.

Category : edit post

0 Response to "Terhad"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers