MICET Daily Streaming

Sekatan Demi Sekatan

Oleh Irwan On 7:22 PM

Pernahkah terfikir masalah pelajar? Hanya yang mereka tahu merembat duit pelajar. Terkini, sekatan terhadap beberapa buah kelab daripada mendapat peruntukkan aktiviti sedikit sebanyak menjejaskan program yang ingin mereka anjurkan. Sebagai contoh pada dua minggu lepas ada sebuah kelab membuat peruntukkan sebanyak RM3000 namun peruntukkan mereka dikurangkan sebanyak RM2000. Sehingga sekarang peruntukkan tersebut masih lagi dipotong sehinggakan RM800 dan belum menerima apa-apa dari pihak kewangan.

Begitulah nasib kelab tersebut sehingga hari ini belum mendapat peruntukkan tersebut sehingga 3 kali dipotong peruntukkan mereka. Alasan pihak pengurusan adalah seperti biasa. Mereka mahukan bukti resit maka barulah mereka akan bagi peruntukkan tersebut.

Cuba difikir sejenak, resit yang dikeluarkan dahulu atau bayaran dahulu baru dapat resit? Agak pelik sekarang ini dengan pihak pengurusan. Adakah mereka seperti kembali ke zaman lama atau zaman gelap? Tidak dapat membezakan mana yang awal dan akhir. Kalau mahu resit kena buat bayaran terlebih dahulu. Jadi, macam mana kelab tersebut mahu mendapatkan resit sedangkan peruntukkan mereka belum dapat. Aduhai malangnya mereka yang bekerja dipihak kewangan.

Jika mahu dibandingkan dengan kelab ini dengan satu lagi kelab. Kelab ini hanya minta RM3000 dan dipotong sehingga RM800. Manakala lagi satu kelab dapat RM4000 tanpa ditolak serta tidak diragui dengan program yang ingin dijalankan. Menerimanya secara mentah-mentah. Bagusnya pihak pengurusan berbuat demikian. Inilah dinamakan tender runding bukan tender terbuka. Amalkanlah sikap demikian agar generasi akan dating lumpuh dengan perkara-perkara macam ini.

Program pelajar, biarlah pelajar yang uruskan. Janganlah mahu jadi ‘dalang’ dan mempertikaikan apa yang mereka mahukan. Mereka ini semua dah besar dan duduk di alam kampus bukannya di alam persekolahan yang masih beringus. Tidak tahu apakah sebabnya mereka berbuat demikian. Malang oh malaun....

Category : edit post

1 Response to "Sekatan Demi Sekatan"

  1. Anonymous Said,

    pergh....pilih kasih siot....
    ape kes nie bhgn admin????
    apehal mkin bertambah hal???
    tka cukup ngan dda form da wat hal lg...
    da la tak friendly lgsg!!!
    sape interview dorg keje nie??

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers