MICET Daily Streaming

Dah Naik Taraf, Tapi…

Oleh Irwan On 4:05 PM

16 April 2009 merupakan fasa terakhir proses menaik taraf internet dalam MICET. Dengan menaikkan taraf tersebut sepatutnya internet bertambah laju namun seperti sediakala. Perlahan dan kadang-kadang terputus. Kenapa sistem yang dinaik taraf seperti telah di’down gred’? Mana keistimewaan seperti yang dinyatakan sebelum ini? Yuran naik tapi kemudahan internet seperti sediakala.

Malangnya janji yang ditabur hanya untuk menutup kelemahan sedia ada. Belum habis dengan masalah boring DDA, masalah dengan internet menjadi lagi satu persoalan kepada pelajar. Sebelum ini mengatakan internet MICET akan mengalami perubahan serta kelajuan ditambah agar memudahkan pelajar namun itu semua omong-omong kosong semata-mata.

Adakah kerja menaik taraf sudah dilakukan atau masih dalam perancangan? Kalau belum, begitu hebat janji yang mereka taburkan sehinggakan menutup mulut pelajar tapi segalanya terbongkar selepas 16 April 2009. Semua sama seperti asal. Adakah duit untuk menaik taraf internet hanya separuh jalan atau seperti kebanyakkan projek ‘terbengkalai’?

Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah janji-janji yang akan ditaburkan kepada pelajar selepas ini. Adakah dengan berdiam diri dapat menutup mulut pelajar?

Category : edit post

0 Response to "Dah Naik Taraf, Tapi…"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers