MICET Daily Streaming

318 Pelajar Sem 2 Kena ‘Barred’

Oleh Irwan On 5:30 PM

Seramai 318 orang pelajar semester 2 termasuk diploma dan ijazah ‘dihalang’ menduduki peperiksaan Januari 2009 kerana tidak menjelaskan bayaran yuran pengajian. Agak terkejut jika diperhatikan nilai tersebut.

Apakah semua ini? Kenapa terlalu keterlaluan sehinggakan mendera pelajar sedemikian? Kenapa pihak kewangan begitu terdesak? Apakah matlamat mereka? Jika diimbas kembali, pelajar tidak harus dipersalahkan dalam hal ini kerana urusan yuran pengajian itu tertakluk kepada MARA. Jika pihak MARA meluluskan pinjaman mereka, barulah boleh ada transaksi kewangan.

Hari ini dikaunter kewangan telah diasak oleh pelajar yang kena ‘barred’. Adakah punca tidak mengisi borang DDA pelajar dihukum kejam seperti ini? Apakah borang perlu diisi terlebih dahulu, barulah status ‘barred’ akan dihapuskan? Ingat ini langganan celcom broadband ke yang tidak bayar boleh di ‘barred’?

DDA bukan satu penyebab untuk pelajar di ‘barred’. DDA adalah satu borang yang mana untuk memudahkan pelajar agar yuran akaunnya terus dikredit ke akaun UniKL. Kepada mereka yang tidak mengisi borang tersebut tidaklah menjadi masalah atau kerumitan kepada mereka. Jika tidak diisi, mereka perlulah membuat bayaran sendiri. Tidak ada masalah dalam hal ini. Pihak yang menimbulkan isu ini adalah pihak kewangan.

Notis yang dikeluarkan pun berbaur ugutan. Dalam notis tersebut meminta pelajar agar menjelaskan pengisian borang DDA sebelum akhir bulan ini iaitu 30 April 2009. Dalam notis tersebut juga berbunyi, jika pelajar gagal berbuat demikian akan mengalami kesusahan sebelum 10 Julai 2009. tahukah anda pihak kewangan, pihak MARA akan membuat bayaran yuran pengajian setiap enam bulan sekali iaitu pada Mac dan September.

Yang peliknya, Julai mereka nyatakan. Apakah semua ini? Kenapakah semua ini seperti terdesak. Biarlah pelajar yang uruskan secara tersusun dan janganlah memaksa mereka. Harap pihak kewangan telus dan jujur dalam melaksanakan tugas. Kalau tertekan, berhenti sahaja kerja. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk melakukan kerja ini.

Category : edit post

0 Response to "318 Pelajar Sem 2 Kena ‘Barred’"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers