MICET Daily Streaming

Memo Penempatan

Oleh Irwan On 6:10 AM

Pada tarikh 20 Mac satu memo berkaitan penempatan asrama telah dikeluarkan dan tarikh akhir bayar deposit adalah seminggu kemudian iaitu pada 27 Mac. Tempoh untuk membayar deposit RM50 untuk kali ini agak lama berbanding semester lepas iaitu tidak kurang sampai 24 jam.

Sebagai contoh, hari ini memo keluar jam 5 petang dan esok tarikh akhir bayar deposit. Adakah itu sempat untuk pelajar menjelaskan bayaran dalam tempoh tidak sampai 24 jam? Pada kali ini pula tempoh tersebut dipanjangkan sehingga seminggu tetapi mustahil kalau pelajar mengatakan tidak sempat.

Perancangan seperti ini hanya bersikap komestik dan perancangan tidak matang dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian tidak dilakukan secara teliti dan tidak pernah mengambil tahu situasi dan masalah pelajar.

Menjadi masalah walaupun seminggu adalah kewangan pelajar itu bukan tempoh masa. Sebagai contoh, tarikh akhir deposit untuk penempatan asrama julai 09 adalah 27 Mac sedangkan pada masa tersebut pelajar tidak mempunyai duit dan duit saraan pelajar terima sehari kemudian iaitu 28 Mac.

Sekarang bahagian pengurusan perlu mengkaji tarikh dan tempoh yang sesuai agar tidak menjadi kesulitan kepada pelajar. Tempoh singkat dengan ada duit, tempoh panjang dengan tidak ada duit. Kesimpulannya adalah tempoh dan duit memainkan peranan yang penting.

Category : edit post

0 Response to "Memo Penempatan"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers