MICET Daily Streaming

Bas Hilang Setiap Jumaat

Oleh Irwan On 10:15 AM

Ke mana perginya bas setiap kali pelajar lelaki mahu menunaikan solat jumaat? Kadang-kadang ada kadang tiada. Semester lepas bukan main hebat dengan ada 2 buah bas yang mana sebuah lagi disewa khas untuk mengangkut pelajar lelaki ke masjid bagi menunaikan solat jumaat.

Tetapi sekarang sudah tidak kelihatan bas sewa khas tersebut. Adakah hanya bersifat mengaburi mata atau sekadar kosmetik atau menjimatkan kos? Kenapa tidak diteruskan sahaja usaha murni itu. Selepas bas sewa khas ‘hilang’ maka hanya tinggal sebuah bas sahaja iaitu bas kampus. Tetapi bas kampus akhir-akhir ini macam dah nak jadi seperti bas sewa khas. Hilang setiap jumaat.

Kalau bas kampus mahu digunakan sekali pun, mestilah membuat sebarang memo untuk menjelaskan ketiadaan bas pada hari tersebut. Mudah untuk pelajar mencari alternatif lain. Pelajar ini bukannya masih kanak-kanak bawah 7 tahun yang boleh untuk tidak solat. Tidak fikirkah ini soal agama. Pernahkah terdengar petikan ini “sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku kerana Allah yang satu, kuserahkan segala harta jwa dan raga….”. Jadi solat jumaat ini merupakan fardu ain. Bila sudah fardu ain, wajiblah kita kena lakukan.

Selepas ini, pihak pengurusan seharusnya serius dalam menangani hal ini. Adakah pihak tersebut tidak solat jumaat maka mengabaikan hak orang lain? Kalau kita tidak mahu solat jumaat, jangan menafikan hak orang lain. Walau kita jahat, jangan menghalang orang lain buat kebaikan.

Semoga pihak pengurusan lebih mengambil berat masalah ini. Ini bukan kali pertama tetapi dah berkali-kali terjadi masalah seperti ini. Semester depan lagi ramai pelajar akan mendaftar. Oleh itu satu kajian perlu dilakuakn bagi menangani masalah ini.

Category : edit post

0 Response to "Bas Hilang Setiap Jumaat"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers