MICET Daily Streaming

Upgrade atau Downgrade?

Oleh Irwan On 10:15 PM

Di manakah janji-janji menaik tarafkan internet dalam kawasan asrama? Semakin hari semakin menjadi-jadi kelembapannya sehinggakan terputus-putus jaringan capaiannya. Apa sudah jadi sebenarnya? Ke mana perginya mutu perkhidmatan internet. Adakah selepas ini akan ditamatkan terus penggunaan internet ini?

Tidak seperti kemudahan lain seperti kipas dalam kawasan kafe yang ditukar walaupun hanya 2 hingga 3 sahaja yang rosak. Semua kipas diganti baru. Rosak satu ganti semua. Rosak semua buat tidak tahu. Apa yang paling mereka utamakan dan apakah kemudahan yang perlu diganti segera?

Contoh karpet dalam bilik T.V. karpet tersebut tidak perlu ditukar sebenarnya kerana masih dalam keadaan elok. Apa yang menjadi tanda tanya, adakah pihak pelajar yang memohon karpet baru atau ada pihak lain yang mahu karpet baru. Kenapa karpet di surau tidak ditukar yang mana karpet tersebut telah haus dan bebenangnya sudah terkeuar sehinggakan mengganggu waktu solat. Adakah mereka tidak pernah masuk surau atau mereka lebih suka menonton T.V? Lain yang diminta lain yang dibuatnya.

Mungkin kerana jika karpet surau ditukar, ia tidak memberikan kesan sebaliknya menganggap ianya libiliti. Karpet di bilik T.V pula kemungkinan menjadi satu aset bagi mereka. Mana kita tahu? Biarlah kita tidak mengejar nama asalkan matlamat yang dikehendaki oleh pelajar khususnya tercapai.

Jika mahu menaik taraf, buatlah untuk semua dan jangan hanya memilih untuk kepentingan semata-mata. Pondok-pondok di gelanggang bola tampar pun sepatutnya tidak perlu kerana itu tempat orang bersukan bukan tempat beristirehat. Kalu mahu berehat pergilah ke kafe atau mana-mana pondok yang tersedia ada. Adakah pondok dibina atas permintaan pelajar? Kemungkinan tidak sama sekali?

Dicadangkan agar pondok-pondok dibina di dalam kawasan padang bola sepak dan bola jaring memandangkan ramai penonton yang jarang menonton bola sepak. Jadi untuk menambahkan ramai yang menonton eloklah ditambah pondok-pondok tersebut.

Category : edit post

0 Response to "Upgrade atau Downgrade?"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers