MICET Daily Streaming

Inilah Masa yang Sesuai

Oleh Irwan On 9:36 AM

Bersesuaian dengan cuti semester ini, inilah masa yang paling sesuai untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan dan utili dalam MICET.

Masa inilah yang paling penting kerana tidak banyak gangguan daripada pelajar. Jika sebelum ini, kerja-kerja menyelenggara dilakukan ketika pelajar masih berada dalam kampus dan agak memberi gangguan kepada pekerja mahupun pelajar.

Hari ini dapat dilihat kerja-kerja mengecat, pengubahsuaian bilik penyelia asrama dan sebagainya telah mula beroperasi. Inilah yang sepatutnya berlaku daripada dahulu lagi. Masa cuti semester inilah perlu digunakan sepenuhnya agar tidak bercelaru dengan kerja-kerja pembaikan.

Pergunakanlah masa yang ada bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pengubahsuaian. Jangan tunggu sehingga pelajar kembali baru mahu mulakan kerja-kerja tersebut. Itu sudah terlambat.

Category : edit post

0 Response to "Inilah Masa yang Sesuai"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers