MICET Daily Streaming

Selamatkah Stor atau…

Oleh Irwan On 7:13 AM

Apakah jaminan yang boleh dijanjikan untuk memastikan stor dalam keadaan selamat berbanding sebelum ini yang agak berlaku ketirisan yang berpunca daripada kelalaian pihak pengurusan asrama serta ketua aras sehinggakan berlaku kehilangan barang-barang dalam stor.

Kehilangan barang-barang bukan sahaja berlaku di blok asrama lelaki malahan berlaku di blok asrama perempuan. Jangan ingat lelaki sahaja yang pandai mencuri, mungkin perempuan lebih hebat daripada lelaki.

Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan sekiranya ada sifat amanah dalam diri pihak pengurusan asrama. Sebagai contoh pembukaan stor untuk penyimpanan barang haruslah digazetkan satu tarikh khas agar semua pelajar menyimpan barang-barang mereka pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka gagal mematuhi tarikh tersebut, maka semua barangan selepas dikeluarkan tarikh oleh pihak asrama adalah di bawah tanggungang pelajar.

Sama juga kes ketika pelajar ingin menuntut barangan mereka ketika semester baru bermula. Semua stor akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan pelajar diminta berbuat demikian agar tiada kehilangan barangan berlaku.

Perkara seumpama itu boleh dilaksanakan dengan baik. Bukan hanya perancangan sahaja yang diperuntukkan tetapi perlaksanaan mestilah seiring agar memastikan ia berjalan dengan lancar. Sikap perlu ambil tahu atau inisiatif ini penting demi memastikan kehilangan barang dalam stor dapat dielakkan pada masa akan datang.

Category : edit post

0 Response to "Selamatkah Stor atau…"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers