MICET Daily Streaming

Pelajar dan Projek Tahun Akhir

Oleh Irwan On 1:02 PM

Berita baik kepada pelajar yang melakukan projek tahun akhir kerana Unit Kebajikan Pelajar membenarkan mereka menginap dan menetap di asrama untuk menyiapkan projek tersebut. Mereka dibenarkan menginap di bilik masing-masing sehingga penghujung bulan Mei ini iaitu pada hari ahad bersamaan 31 Mei 2009.

Selepas tarikh tersebut pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 jika menetap di kawasan asrama. Bagi memastikan tiada bayaran dikenakan sebanyak RM5, pelajar perlulah mendaftar semula selepas tarikh tersebut sebagai prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak asrama.

Sehubungan dengan itu, pelajar juga perlu menulis surat kepada pihak HEM bagi membuktikan kewujudan anda di dalam kampus. Butir-butir yang perlu ada semasa menghantar surat adalah nama, nombor bilik dan tarikh terakhir anda untuk menetap dalam kawasan asrama. Tujuan surat amat penting kerana kawasan asrama adalah kawasan larangan ketika cuti semester.

Surat tersebut tidak perlu dihantar secara individu sebaliknya boleh dihantar secara berkumpulan. Kandungan surat tersebut perlulah mendapat pegesahan dan sokongan daripada ketua jabatan yang telah disahkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada anda. Sila patuh dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak asrama dan pihak HEM.

Kepada pelajar yang telah diberi kemudahan asrama, perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan agar tidak disalahkan kemudahan yang telah diberikan itu. Kerjasama daripada pelajar juga amat penting bagi memastikan kelancaran sistem serta hubugan pelajar dengan pihak asrama.

Category : edit post

0 Response to "Pelajar dan Projek Tahun Akhir"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers