MICET Daily Streaming

Mencacatkan Pemandangan

Oleh Irwan On 2:35 PM


Percaya atau tidak? Pastinya anda mungkin terkejut. MICET merupakan kawasan larangan merokok namun ada pelajar atau staff yang melanggar peraturan tersebut. Tidak hairanlah jika pelajar melanggar peraturan tersebut.

Hari ini mereka semakin berani merokok di kawasan larangan dan di tempat awam di dalam MICET. Bukan pelajar yang dimaksudkan merokok tetapi beberapa orang ketua jabatan dalam MICET serta ketua dalam kampus merokok di kawasan berdekatan dengan perpustakaan. Kejadian itu berlaku pada jumaat bersamaan 8 Mei 09.

Agak terkilan dan memalukan dengan tindakan mereka itu. Apa tidaknya, golongan berpelajaran tinggi merokok di kawasan larangan dan tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam kampus. Merokoklah di tempat yang telah disediakan. Jika pelajar melihat kejadian tadi, amatlah memalukan serta imej MICET akan tercalar dek kerana merokok yang dilakukan oleh pihak atasan di kawasan perpustakaan.

Dalam undang-undang Negara atau universiti pun ada menyebut kawasan larangan merokok. Adakah undang-undang universiti digazet untuk pelajar sahaja atau kedua-duanya. Jika khas untuk pelajar, maka tidak hairanlah mereka melanggar sekali pun. Sebab undang-undang ini manusia yang buat dan boleh dipinda, ditambah atau dihapuskan bila sampai waktu.

Bukan sahaja pelajar yang melihat tetapi tetamu atau orang luar akan memandang negatif dengan tindakan mereka itu. Jangan kerana kita berkuasa, sesuka hati untuk melanggar peraturan yang telah disediakan. Contoh yang baik dating daripada ketua maka anak-anak buahnya akan mengikutinya. Jika ketua gagal menunjukkan sikap positif, anak-anak buah akan terikut sama dalam melakukan kesalahan tersebut kecuali orang yang pandai berfikir.

Jika kita sama-sama ikut peraturan, maka rasa hormat antara satu sama lain akan hadir antara staff dengan staff serta staff dengan pelajar. Adakah salah unutuk menunjukkan contoh yang baik? Tidak bukan?

Category : edit post

0 Response to "Mencacatkan Pemandangan"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers