MICET Daily Streaming

Orang Lain Salah, Dia Sahaja Yang Betul

Oleh Irwan On 3:58 PM

Undang-undang yang digazetkan dalam MICET banyak kepincangannya serta diragui terutama kepada pelajar ataupun staff mahupun kakitangan dalam MICET. Bagaimana kepincangan ini dapat dilihat? Sama-sama kita baca kepincangan tersebut.

Pertama, MICET mengeluarkan undang-undang serta mengarahkan supaya pelajar meletakkan kenderaan di tempat yang telah dikhaskan namun bagi staff atau kakitangan mereka boleh meletakkan kenderaan sesuka hati tanpa menghiraukan perasaan pelajar. Pelajar dipaksa tetapi staff dibiarkan melakukan kesalahan. Jadi, sebenarnya undang-undang untuk pelajar sahaja. Apakah ini relevan dan boleh diterima oleh pelajar?

Kedua, MICET juga ada menggariskan panduaan supaya tidak merokok di kawasan yang dilarang seperti kafe, perpustakaan, blok-blok akademik dan boleh dikatakan dalam MICET itu sendiri merupakan kawasan larangan merokok namun pihak pengurusan memberi kelonggaran kepada pelajar supaya merokok di kawasan yang telah dikhaskan. Contoh jika seseorang pelajar merokok di kawasan perpustakaan, mereka akan disaman serta-merta namun bagi staff yang merokok di kawasan perpustakaan baru-baru ini tidak dikenakan apa-apa saman kerana berpangkat besar. Salah tetap salah walau seseorang itu berpangkat atau tidak. Jadi tidak hairanlah jika pelajar melanggar peraturan. Jangan salahkan pelajar dalam hal ini sekiranya kita yang menunjukkan sikap negatif kepada pelajar. Betulkan diri sebelum betulkan pelajar.

Ketiga, ada pihak tertentu dalam HEM mengatakan pelajar ini kurang ajar kerana tidak menghormati mereka sedangkan mereka yang tidak pernah menghormati pelajar. Pelajar diajar untuk menghormati tetapi mereka sering mengatakan pelajar ikut kehendak mereka. Bagaimana pelajar mahu menghormati mereka sedangkan ontoh yang mereka tunjukkan kepada pelajar adalah tidak baik. Adakah salah menghormati pelajar?

Keempat, ada sesetengah kelab menganjurkan beberapa program namun pernah menjadi pertikaian antara pihak pelajar dengan pihak kewangan dari peruntukkan bajet. Sebagai contoh, ada kelab yang mengajurkan program namum pihak kewangan mahukan bukti terlebih dahulu seperti resit-resit sedangkan resit dikeluarkan bila sesuatu transaksi itu dijalankan. Pelajar tersebut pula dimarah kerana tidak mengemukakan resit. Sekarang ini siapa yang salah siapa yang betul? Itu terpulang kepada pembaca menilai siapa yang jahil siapa yang hak.

Kelima, pihak ASRA selalu menyalahkan pelajar dalam urusan berkaitan subjek. Semester Januari 09 yang lalu banyak menimbulkan masalah sehinggakan berlaku pertembungan kelas. Perancangan mereka yang tidak sistematik. Ada juga yang mengatakan pelajar mengambil subjek terlalu banyak sehinggakan berlaku pertembungan. Pelajar juga yang dipersalahkan walhal yang mengambil subjjek kurang daripada 12 pun mengalami masalah yang sama. Apakah segala kesalahan-kesalahan terletak di bahu pelajar?

Beginilah jurang yang berlaku antara pelajar dan pihak pengurusan tertentu dalam dalam MICET.

Category : edit post

1 Response to "Orang Lain Salah, Dia Sahaja Yang Betul"

  1. Anonymous Said,

    askum
    ape kata,satu copy posting ni ko kirim kat emel dekan,emel en.othman muhi,emel pn suhana,guna la nama samaran....kalau taknak detect bukak je emel baru....letak la nama pape....emel,pastu ade bukti lagi cantik.....tapikan kalau nak gempak,ko cari emel hakim juri n dr wan,dr wan ni bahagian QA canselori......

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers