MICET Daily Streaming

AUKU Sekat Kebebasan Politik Mahasiswa

Oleh Irwan On 1:07 AM

Beberapa contoh kebebasan mahasiswa untuk berpolitik di nafikan walaupun melalui proses pindaan 2008

Contoh 1:

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain -

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Contoh 2 :

15. (2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Contoh 3 :

15. (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Itulah beberapa contoh yang menyekat kebebasan mahasiswa dari berpolitik mengikut perkara 15(1)a, 15(2)a dan 15(5)a. Sah dan terbukti AUKU di buat untuk kepentingan individu,parti-parti politik dan sebagainya. Mengikut perlembagaan, rakyat yang berumur 21 tahun layak untuk mengundi serta boleh menjadi wakil rakyat pada umur tersebut. Ayuh, beri semangat baru kepada mahasiswa


Category : edit post

0 Response to "AUKU Sekat Kebebasan Politik Mahasiswa"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers