MICET Daily Streaming

Dewan, Kesan Bunyi dan…

Oleh Irwan On 8:36 PM

Bila tiba acara pentas, maka para artis kampus yang bersuara lunak atau sumbang akan mendendangkan lagu mereka dengan iringan muzik latar atau sebagainya. Namun yang mencacatkan dewan tersebut adalah sistem bunyinya yang agak membosankan dengan gema-gema. Keadaan dewan tanpa penyerap gema seperti berada di dalam gua. Bunyi seram pun kadang-kadang jelas kedengaran diiringi bunyi sampingan seperti suara-suara manusia.

Keadaan dewan agak sesuai namun pelbagai kelemahan sistem bunyi merencatkan para artis membuat persembahan pentas. Ditambah pula dengan keadaan lampu yang tidak berfungi dengan baik menyebabkan pancaran cahaya agak buta sebelah.

Diharapkan agar penambahbaikan terhadap system bunyi dan lampu dewan diselenggara dengan segera kerana selepas ini ramai lagi artis-artis MICET yang bersuara lunak atau sumbang ingin menyampaikan lagu mereka. Sediakan peruntukkan bajet untuk diselenggara demi memastikan artis-artis MICET tidak menyumbangkan suara yang sumbang selepas ini.

Category : edit post

2 Response to "Dewan, Kesan Bunyi dan…"

  1. Anonymous Said,

    btul2!!

     

  2. Anonymous Said,

    tabir merah y boleh buka tutup tu pun "cable" dia dah terjuntai...

    pastu masa ak nak rakam video persembahan kawan2 aku malam tuu jadi xlawa... sbb xder spot light [yang bukan berwarna-warni] jd gambar mcm buruk jek.. aku pasti kalau sape2 nk snap pix, kalau guna flash pon xkan nampak cantik...

    dgn bunyi y perit nk dengar.. aku sampai guna tisu nk kurangkan "efek bunyi" tuu

    lagi satu, masa PRIM tu, malu gan bdk luar y dtg nk dinner, sbb kepanasan... dan sampai dewan tuu hampir separuh keluar dewan sbb nk dapat udara sejuk..

    make-up lawo2 pakai baju cantik2 tp berpeluh ketiak... pastu ader laa kesan khas bau pula hahahah..

    kipas y ada kat dinding tuu dah ler kecik.. y setaraf letak kat dapur umah aku jek

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers