MICET Daily Streaming

Kenapa Diugut?

Oleh Irwan On 11:56 AM

Kecoh malam Bicara Siswa pada 8 Mac 09 yang lepas dengan dihujani dengan soalan berkaitan kewangan atau pun borang DDA. Borang DDA tersebut sebagai pendesak pihak kewangan agar memaksa pelajar berbuat demikian.

Ada soalan yang diajukan oleh pelajar agak mengejutkan kerana mengatakan pihak kewangan mengugut akan menyekat pinjaman MARA jika borang DDA tidak diisi. Mengapa harus berlaku demikian sedangkan dalam perjanjian MARA tidak dinyatakan mengenai borang DDA?

Apakah factor pendesak sehinggakan pelajar dipaksa sebegitu rupa? Sedangkan pada malam tersebut, yang sepatutnya menjawab persoalan itu tidak hadir. Ke mana ia pergi? Kenapa tidak hadir dihadapan pelajar untuk menjawab isu serta tohmahan ini. Jadi benarlah jika pelajar mengkritik sistem kewangan terlalu lemah. Kenapa dibiarkan dekan untuk menjawab? Mana perginya pihak yang dilantik? Pengecutkah ia? Renungkanlah...

Category : edit post

2 Response to "Kenapa Diugut?"

  1. Anonymous Said,

    ye ar tue.....ske memaksa pelajar sign borang DDa tue...
    da la amount kene byr tue dipaksa kosong kan...
    apakah ini sume???ini berkaitan ngan hak peribadi pemilik akaun....
    pihak micet tidak bole memaksa pelajar sign borang dda...itu hak peribadi sebab micet menyentuh hak peribadi pelajar....
    apa salah nya pelajar membayar sendiri yuran pengajian.....bg la tempoh pembayaran seminggu ke.....
    penjamin harus lah diberi notis hal pembayaran sendiri yuran pengajian supaya pelajar tidak menyeleweng kan yuran pengajian....kerana kebnyakan penjamin adalah terdiri drpd ibubapa dan ahli keluarga.....
    diharap micet mengambil ini sebagai satu langkah yg akan menyelesaikan sume pihak dan berlaku adil serta membuka ruang utk pelajar mengutara kan sebarang cadangan.

     

  2. Anonymous Said,

    ke manakah hilangnya integrity Finance Department??

    Mengapa pelajar (intake july 2008) di "bar" exam kerana tidak menjelaskan yuran pengajian?? sedangkan pihak finance sedia maklum bahawa MARA belum membayar/menyalurkan duit yuran pengajian kepada pelajar berkenaan..

    Apakah tidak ada jalan penyelesaian yang lain.. yang lebih baik.. apakah pelajar perlu dibebankan dengan masalah yang berlaku.. kenapa pihak finance begitu mendesak....

    cukuplah dengan masalah yang dah lama ditanggung pelajar.. satu semester tanpa elaun sara hidup.. berjuang dengan poket kosong dan perut kempis sepanjang tempoh waktu tersebut..

    fikir2 kanlah dengan akal yang bijaksana bukan dengan terburu2 mengejar objective yang tidak pasti..

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers