Keadaan internet selepas dinaik taraf makin menjadi-jadi ‘siput’. Betapa gahnya dahulu mengatakan internet akan dinaik taraf dan akan ditambah kelajuannya. Namun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Bertambah pelahan dan semakin teruk.
Sebelum dinaik taraf keadaannya bolehlah dikatakan memuaskan walaupun lambat. Tetapi semakin lambat dan akan menjadi lembab suatu hari nanti. Apa sudah jadi dengan internet? Yuran dibayar dan harga yuran naik sehingga RM550/semester namun yang pelajar dapat adalah seperti dahulu. Tiada perubahan yang drastik.
Tidak nampak dan dan kabur tujuan sebenar menaik tarafkan internet di MICET ini. Adakah selepas ini pelajar dikehendaki memasang ‘broadband’ sendiri dan tidak bergantung kepada internet MICET? Keadaan demikian tidak seharusnya berlaku kerana yuran asrama merangkumi semua kemudahan yang ada dalam MICET.
Tidak pentingkah internet kepada pelajar atau sengaja memberi sekatan kepada pelajar agar tidak berinteraksi dengan dunia yang tanpa sempadan ini? Adakah selepas ini akan dikenakan bayaran kepada mereka yang ingin melayari internet? Tidak mustahil mereka akan lakukan demikian.
Internet merupakan sumber rujukan kepada pelajar namun jika kelemahan ini tidak di atasi, lemah juga lah sistem pengurusannya. Lakukan sesuatu untuk jangka masa panjang kerana semester hadapan akan ada kemasukkan baru dan di situlah ibubapa menilai prestasi kemudahan yang ada dalam MICET. Pencegahan lebih baik dari merawat, jika dah dirawat dan tidak sembuh maka tunggu masa untuk pergi.
0 Response to "Internet Siput"
Post a Comment