Ada segelintir sikap pelajar MICET suka mensabotaj atau mengkhianati memo yang ditampal di papan notis. Terkini, jadual peperiksaan januari 2009 telah dicabut tidak sampai 2 hari dari tarikh jadual berkenaan ditampal.
Ini menunjukkan sikap sebilangan pelajar tersebut masih ditahap pemikiran kurang matang atau jahil dari segi menghargai apa yang diberikan oleh pihak pengurusan. Kemungkinan kesedaran sivik masih di tahap yang agak lemah atau mental di tahap serius sehinggakan apa yang dilakukan tidak memikirkan hak orang lain.
Sikap tersebut menunjukkan serta membuktikan pelajar tersebut tidak diajar, diasuh dan dididik dengan betul semasa proses tumbesaran. Mungkin ini salah diri sendiri, keluarga, masyarakat atau pemerintah Negara? Kita renung sendiri puncanya dari siapa.
Atau kemungkinan pelajar tersebut tidak pernah membaca memo atau terkejut melihat kertas A3 atau kertas itu warna lain dan tidak seperti warna putih kebiasaanya menyebabkan ia dicabut sesuka hati. Jangan jadi seperti orang jahil. Hidup dalam kampus mencerminkan diri kita orang yang bijak bukan jahil dan dangkal yang boleh menjahanamkan masyarakat.
Renunglah wahai pelajar yang bermasalah dengan persekitaran. Contohilah orang-orang disekeliling.
0 Response to "Tangan Hantu"
Post a Comment