MICET Daily Streaming

Tiris dan Bocor

Oleh Irwan On 6:28 PM

Pembayaran duit hostel kepada pelajar yang terlibat semasa pengosongan bilik pada karnival sukan 2008 telah dikeluarkan dan pelajar boleh menuntut duit berkenaan di Bahagian Kewangan.


Jumlah pampasan terebut adalah RM20 yang mana tuntutan tersebut merangkumi 4 hari berlangsungnya karnival ukan terebut. Tahniah kerana bayaran telah dilakukan setelah ada kritikan dari pihak pelajar. Bagaimana jika pihak pelajar tidak membawa isu ini dan ke mana duit mereka akan dimasukkan?


Ternyata jika berdiam, akan melenyapkan segala keistimewaan yang akan dikecapi oleh pelajar. Jelas jika dilihat ramai pelajar telah menuntut bayaran tersebut. Tetapi adakah semua pelajar dibayar ekoran pengosongan tersebut?


Bukan semua pelajar yang kosongkan bilik dapat apa yang mereka inginkan. Berlaku juga ketirisan sehingga ada pelajar yang dinafikan hak untuk mendapatkannya. Apa semua ini? Lakonan yang mantap dipersembahkan oleh mereka. Bayar tapi tidak dapat. Inilah bentuk ketirisan yang berlaku.


Berilah segala hak kepunyaan pelajar dan jangan menafikan hak mereka. Pelajar pun belajar bukan bekerja. Kalau bekerja pun tidak boleh menafikan hak mereka. Kalau mahu duit lebih, kerja bersungguh-sungguh dan jangan mengharap duit jatuh dari langit. Usaha itu penting untuk kejayaan.

Category : edit post

0 Response to "Tiris dan Bocor"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers