Harga makanan di kafe pelajar kadang-kadang tidak menentu dan sering berubah-ubah seperti harga saham yang turun naik bila perlu. Sedangkan kuantiti nasi sama dan jenis lauk pun sama setiap hari tetapi kenapa berlainan harga? Senarai harga dah dipamerkan tetapi tidak digunakan sepenuhnya tanda harga tersebut. Hanya sekadar paparan sahaja.
Adakah untuk mengaut keuntungan lebih, harga ditentukan dengan sewenang-wenangnya? Tidak mustahil jika ada pelajar yang makan di luar tatkala harga terlalu mahal. Harga makanan di luar lebih murah berbanding di kafe pelajar. Kenapa harga untuk pelajar tidak diselaraskan agar tidak menyulitkan pelajar dan jangan asyik mentahkedarah dengan meletakkan harga yang terlalu mahal.
Sepatutnya harga di kafe pelajar lebih murah berbanding di luar kerana kafe merupakan tempat utama pelajar membeli makan dan tempat yang sememangnya akan menjadi tumpuan pelajar. Tetapi kerana untuk keuntungan lebih, terpaksa mereka meletakkan harga dengan sesuka hati.
Fikirlah demi kepentingan pelajar jangan untuk kepentingan duit poket semata-mata. Mutu perkhidmatan kafe kadang-kadang tidak memuaskan dan kurang bersih persekitarannya. Maka pihak yang berkenaan, fikirkanlah apakah tindakan selanjutnya?
0 Response to "Harga Oh Harga"
Post a Comment