Satu lagi masalah yang menyulitkan pelajar adalah pembayaran duit hostel semasa Karnival Sukan 08 yang berlangsung di MICET pada Mac 08. Seramai 164 orang pelajar lelaki telah dikeluarkan nama mereka yang berjaya mendapatkan pulang semula namun ada segelintir pelajar yang ‘dihilangkan’ nama mereka. Seperti nama dalam daftar mengundi pula.
Apakah mutu dan prestasi pihak pengurusan sudah merosot dan agak teruk sekali sehinggakan berlaku kepincangan dalaman? Sebelum ini ada pelajar yang menuntut duit demikian namun pelbagai alas an diberikan seperti ‘… yang tu awak kena tanya penyelia asrama tahun 2008…”. Bila ditanya dengan penyelia asrama tahun 2008. Ini jawapannya “… saya dah hantar nama awak kepada unit kewangan…”. Penyelia tersebut sekarang ada dalam Unit HEM. Pening pelajar dibuatnya.
Kenapa salah faham ini berlaku? Ini menunjukkan mereka tidak serasi sesama unit mereka. Mereka hanya menjaga kepentingan mereka daripada kepentingan pelajar. Unit kewangan memang berkira-kira dalam memberikan duit namun untuk mendapatkan duit, mereka memaksa-maksa pelajar.
Inikah sikap pihak pengurusan? Menampilkan segala kelemahan dalamam sehingga dapat dinilai oleh pelajar. Jangan ingat pelajar seperti budak kecil yang masih menyusu dengan ibunya. Jauhilah sikap pentingkan diri sendiri demi memartabatkan MICET kea rah yang lebih gemilang.
0 Response to "Unit HEM vs Unit Kewangan"
Post a Comment