MICET Daily Streaming

Unit ICT Pemalas

Oleh Irwan On 11:42 PM

Kebanyakkan komputer dalam dewan kuliah, bilik kuliah dan bilik tutorial selalu mengalami gangguan. Masalah yang sering berlaku adalah tetikus rosak, papan kekunci dan banyak lagi masalah yang sering mengganggu ketika pensyarah menyampaikn kuliah.

Ke mana perginya pihak yang dilantik untuk memantau dan memeriksa segala kelengkapan peralatan belajar? Mana perginya unit-unit dalam ICT? Goyang kaki ke? Cubalah buat pemantauan setiap hari agar kesulitan ini tidak berlaku. Semua ini kerja-kerja mereka tetapi tidak pernah melihat mereka bekerja secara konsisten.

Bukan masalah komputer sahaja. Pemasangan Liquid Crystal Display (LCD)pun tidak dalam keadaan betul. Keadaan senget kanan pun ada kekiri pun ada. Tidak tahu kepala siapa lagi yang akan senget selepas ini. Rajin-rajinlah dalam membuat pemantauan.

Satu lagi masalah dalam ICT. Komputer-komputer dalam bilik tadi penuh dengan pelbagai virus. Petanda virus itu membuktikan unit ICT betul-betul malas dalam membuat ‘pembersihan’ komputer tersebut. Bukan sekadar komputer semasa mengajar, komputer dalam bilik pensyarah menerima nasib yang sama. Alahai kenapa malas sangat mereka ini?

Patutlah komputer dalam makmal komputer selalu rosak dan mengalami masalah. Inilah puncanya. Sifat malas dalam diri serta untuk mengambil inisiatif itu tidak ada. Bila dah kerosakkan secara mega, baru hendak bertindak. Buat kerja secara ‘bundle’.

Fikirkanlah dan renungkanlah. Usah dipersalahkan pelajar jika pelajar mengkritik system pengurusan MICET.

Category : edit post

0 Response to "Unit ICT Pemalas"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers