MICET Daily Streaming

Pelajar, Maksiat dan Kegelapan

Oleh Irwan On 10:44 AM

Sekarang ini pelajar MICET agak melampau tindakannya dengan melakukan perkara yang tidak sononoh seperti berduaan-duan di tempat gelap tanpa mengambil kira sensitiviti orang sekeliling. Bagi mereka nafsu adalah segala-galanya. Ke mana letaknya sifat takut akan diperhatikan oleh penciptaNya? Yang penting, syaitan dah merajai nafsu mereka.

Bagi mereka yang melakukan perkara tidak senonoh ini agar ditendang keluar dari asrama kerana ramai lagi manusia yang baik-baik ingin menikmati kemudahan asrama. Jangan membela syaitan atau iblis yang boleh menjahanamkan nama baik kampus serta orang yang ada dalam kampus.

Pemantauan oleh pihak tertentu perlu serius untuk menangani masalah ini. Bertindak awal sebelum terlewat. Kalau sudah terlanjur perut akan membujur. Mahukah dilihat seperti ini? Anak luar nikah yang terpaksa menanggung malu oleh perbuatan rakus dan buas mereka yang tidak bertanggungjawab.

Renunglah wahai umat yang bergelar dan mempunyai nama bin dan binti. Kejadianmu itu adalah hina. Setitis air mani sahaja jadi kenalah sedar akan dosa pahala baik buruk. Jangan ditelan semua. Disangka air mineral tetapi asid yang diminum. Muhasabahlah diri sebelum dihisab di suatu tempat yang mana kita akan dibangkitkan di ‘mahkamah’ selepas mati.

Category : edit post

0 Response to "Pelajar, Maksiat dan Kegelapan"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers