Semester hadapan sesi Julai 2009, kebanyakkan kelab dan persatuan berkemungkinan tidak dapat menjalankan aktiviti mereka kerana duit aktiviti pelajar telah habis digunakan semasa Karnival Sukan Siswa 09 di MIMET pada kali ini.
Peruntukkan semester hadapan yang tinggal hanyalah kira-kira RM11000. Jika dikira secara purata RM11000 diagih kepada 18 kelab dan persatuan, mereka hanya mendapat RM611.11 setiap kelab.
Jadi selepas ini, kelab dan persatuan tersebut perlulah program yang kecil-kecil seperti BBQ, lawatan sambil belajar dan sebagainya.
Tapi tidak mungkin hanya RM11000 sahaja? Sedangkan semester julai 09 akan ada pertambahan duit aktiviti pelajar. Setiap pelajar baru dan lama dikehendaki membayar yuran RM50 sebagai duit aktiviti pelajar semasa membuat bayaran yuran.
Katakanlah RM50 untuk satu kampus MICET adalah 700 orang hingga 1000. Setiap RM50 bagi 700 dan 1000 pelajar adalah RM35000 dan RM50000 masing-masing. Jadi kantung duit aktiviti sudah bertambah.
Tapi kenapa alasan mereka berikan, duit aktiviti pelajar sudah habis? Habis ke mana? Sedangakan akan berlaku pertambahan sesi julai 09. Telah berlaku satu jurang yang melebar di mana angka-angka tidak lagi relevan.
0 Response to "Kelab Oh Persatuan"
Post a Comment