MICET Daily Streaming

Jika Berlaku Pertukaran Status...

Oleh Irwan On 12:00 AM

Andai kata UniKL di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, sepatutnya akan berlaku beberapa keistimewaan dari segi kewangan atau struktur yuran.

Contoh 1:

Jika di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, harga yuran pengajian sepatutnya tidak mencecah angka RM9000 bagi pengajian diploma manakala RM12000 bagi pengajian ijazah untuk yuran pengajian bagi tempoh setahun ataupun 2 semester. Jika dipecahkan lagi mengikut setiap semester adalah sebanyak RM4500 bagi peringkat diploma dan RM6000 bagi peringkat ijazah.

Ini bermakna ia akan lebih murah dari sebelum ini kerana ia ditanggung di bawah kerajaan dan bukan lagi sepenuhnya swasta walaupun tajaan sebelum ini adalah MARA.

Contoh 2:

Duit saraan pelajar perlu dinaikkan kerana kos saraan hidup yang meningkat serta harga yuran yang tinggi sekiranya ia tetap di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang mengekalkan struktuk yuran seperti pada tapak web micet. Jika harga yuran sebaliknya, maka saraan hidup pelajar kena di kaji memandangkan kos yang tinggi.

Ini kerana kos yang tinggi adalah berkadar langsung dengan saraan hidup pelajar. Sebagai contoh harga minyak naik maka harga barang turut meningkat ekoran kadar inflasi yang tinggi.

Contoh 3:

Dana untuk persatuan dan kelab akan bertambah jika diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dana tersebut merangkumi kelab dan persatuan dalam kampus. Kelab dan persatuan boleh rasa mewah dengan adanya dana yang diperuntukkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti.

Contoh 4:

Pihak pengurusan akan ditukar dengan pihak pengurusan yang baru bagi menyelaraskan segala organisasi yang lama serta meningkatkan kualiti yang sebelum ini agak lemah. Pembaharuan demi pembaharuan bagi menaiktarafkan kualiti pihak pengurusan.

Contoh 5:

Adakah UniKL akan meneruskan status sebagai universiti ‘hand-on’ sekiranya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi? Sebelum ini status UniKL adalah berdasarkan 70% praktikal manakala 30% teori. Adakah selepas ini akan berlaku sebaliknya 30% praktikal manakala 70% teori?


Sama-sama kita tunggu untuk semester akan datang iaitu Julai 2009

Category : edit post

1 Response to "Jika Berlaku Pertukaran Status..."

  1. Anonymous Said,

    salam.....
    drpd aku nampak,unikl bley decide nak stand alone ataupun diiktiraf sebagai ipta.....stand alone maksud aku jd la macam ipts yang melambak2 sekarang ni sebab skrg ni da terang2 unikl bawah sebuah syarikat nama dia universiti teknikal kuala lumpur sdn.bhd.....tu sama2 la kita nantikan......kalau jd ipta bagus la,yuran pun kurang,pinjaman dikurangkan....elaun tu tak jamin la agaknye kan,mara bebas buat kejutan ikut diorang,kalau ikot perjanjian diorang boleh mengubah apa saja yang terkandung dalam perjanjian,menambah atau mengurangkan,itu hak mereka...budget kelab?? takkan mewah punyer,sama je bahkan makin teruk la nampaknya....kalau jd ipta,ade berapa ipta kat malaysia??? setiap satunya ada berapa kelab@persatuan??? hmmmmmm pikir2kan....silap ari kita diminta guna dana sendiri.....bagi aku takde apa yang berubah even kalau jd ipta,management yang berubah,yang atas2 je.....yang bawah2 ni sama je.....

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers