MICET Daily Streaming

Cuti, Duit dan Jumaat

Oleh Irwan On 3:34 PM

Hari ini 1 Mei merupakan cuti untuk semua warga kerja sempena cuti Hari Pekerja. Kebetulan cuti hari ini jatuh pada hari jumaat. Semua warga staff dan kakitangan MICET bercuti.

Namun ketika sibuk dengan cuti, terlupa juga peringatan serta kebajikan untuk pelajar yang ingin menunaikan solat jumaat. Khidmat bas sentiasa diperlukan ketika menunaikan olat jumaat namun hari ini dibiarkan ia berlalu begitu sahaja atas sebab cuti umum.

Tidak terfikirkah bagaimana pelajar ingin ke masjid jika tiada bas? Pihak penguruan perlu mengkaji dan menilai atau mencari alternatif lain demi kebajikan pelajar dan jangan terlepas pandang tentang solat jumaat ini.

Adakah susah untuk meluangkan masa sekitar 2 jam bermula 12.30 t/hari hingga 2.00 petang untuk mengangkut pelajar ke masjid? Itu sebenarnya tidak menjadi masalah kerana pemandu bas pun akan solat bersama-sama. Atau duit lebih penting dari segala-galanya?

Korbanlah sedikit wang, masa dan tenaga untuk kepentingan pelajar dan jangan mengharap kepentingan dunia semata-mata. Tiada duit tak nak kerja. Ada duit ada kerja. Menolong manusia pun ada ganjarannya. Ganjarannya bukan duit tetapi pahala yang berganda. Bekerjalah kerana ikhlas dan kerana Allah Taala kerana balasan yang baik datang daripadanya dan bergantung pada manusia akan tinggal jasad di alam kubur. Renungkanlah.

Ibarat tanpa irama rosaklah lagu pincanglah seni atau dengan kata lain tanpa duit walaupun cuti terlepaslah jumaat.

Category : edit post

0 Response to "Cuti, Duit dan Jumaat"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers