Kadang-kadang ramai yang masih keliru dengan harga setiap jam kredit yang perlu dibayar. Dulu ada RM245 bagi setiap jam kredit megikut tahap diploma dan ijazah. Harga tersebut mengikut kemasukkan pada tahun tertentu. Sekarang semua seperti dah diselaraskan sehingga mencecah harga RM350 setiap jam kredit. Adakah harga jam kredit untuk diploma dan ijazah sama?
Kenapa harga setiap jam kredit itu terlalu mahal? Dakah mengikut sistem terkini atau apa-apa sistem yang telah sedia ada? Kenapa hal ini tidak dijelaskan kepada pelajar sevara telus dan jujur agar pelajar tidak menjadi tanda tanya?
Mari kita kira harga yuran pengajian untuk semester hadapan iaitu pada Julai 2009. Bagi yuran pengajian peringkat diploma adalah sebanyak RM4500 setiap semester manakala harga bagi peringkat ijazah adalah sebanyak RM6250.
Bagi kursus diploma harga RM4500 adalah untuk 18 jam kredit. Jadi setiap jam kredit berharga RM250. Jadi, ini bermakna yuran jam kredit pada sesi sebelum ini adalah di bawah RM250.
1jam = RM250
18jam = RM250 x 18 = RM4500
Bagi kursus ijazah harga RM6250 adalah untuk 18 jam kredit. Jadi setiap jam kredit berharga RM347.22. Jadi, ini bermakna yuran jam kredit pada sesi sebelum ini adalah di bawah RM350. Namun ada segelintir pelajar peringkat ijazah pada semester lepas dikehendaki membayar pada harga RM350. Apa yang dah berlaku sebenarnya walaupun harga yuran naik tapi masih bawah RM350 namun semester lepas bayaran sudah mencecah angka RM350. Apa semua ni?
1jam = RM347.22
18jam = RM347.22 x 18 = RM6249.96
Sama-samalah kita kira dan perhatikan.....
0 Response to "Berapa Harga Jam Kredit..."
Post a Comment