MICET Daily Streaming

5750 vs 4000

Oleh Irwan On 2:39 AM

Pelik tapi benar. Inilah yang terjadi kepada pelajar yang sekarang ke latihan industri tetapi perlu menjelaskan yuran pengajian sebanyak RM5750 untuk peringkat ijazah manakala RM4000 kepada pelajar peringkat diploma.

Cuba fikir, kenapa yuran tersebut perlu dijelaskan sedangkan pelajar tersebut bukannya berada dalam MICET ataupu menggunakan peralatan MICET? Kenapa dan kenapa ini terus berlaku. Sebagai contoh, apabila berlangsungnya perlawanan bola sepak di dalam sesebuah stadium, peminat perlulah membeli tiket untuk memasuki perkarangan stadium. Tetapi mereka yang berlegar-legar di luar stadium pun kena membayar tiket tersebut. Apa ke jadahnya semua ini?

Begitulah seperti yang berlaku dalam MICET. Walaupun tidak menggunakan lab atau kemudahan MICET, yuran tetap kena bayar. Duit tetap duit. Tapi nilainya pelajar yang tanggung. Kenapa semua duit pelajar perlu ditelan? Adakah pihak pengurusan kewangan bersifat materialistik? Atau seperti plastik atau seperti apa-apa yang berkaitan dengannya.

Sehinggga hari ini pihak kewangan belum menjelaskan status duit pelajar ke latihan industri. Sebanarnya ia tidak perlu dibayar kerana pada masa tersebut, pada waktu itu, di tempat berlainan dan kewujudan pelajar tidak wujud dalam kampus. Jadi, apa yang kena bayarnya.

Inilah pihak pengurusan kewangan, belajar kat dalam kena bayar, pergi latihan industri kena bayar dan Cuma masuk tandas sahaja buat masa ini masih percuma. Pihak kewangan diminta menjelaskan hal ini kepada pelajar agar pelajar tahu ke mana duit mereka digunakan.

Kembalikanlah harta kepunyaan orang. Jangan jadi seperti manusia yang jijik dan rakus dalam mengejar materialistik.

Category : edit post

0 Response to "5750 vs 4000"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers