Sikap segelintir pelajar yang suka berkawan dengan syaitan tidak asing lagi. Kenapa ia dikatakan berkawan dengan syaitan? Sebab utama tidak menjaga kebersihan tandas serta kawasan persekitaran kampus atau dalam asrama. Agak pelik dan aneh pelajar hari ini kerana belajar sehingga peringkat universiti tetapi masih jahil dalam menjaga kebersihan.
Apakah ini salah keluarga dalam mendidik, salah guru dalam mengajar, salah pelajar dalam menerima atau salah pemimpin dalam memerintah? Semua jawapan terletak dalam diri masing-masing kerana semua sudah besar lebar. Bolehlah dikatakan pelajar tadi agak dungu dalam kebersihan ini.
Adakah tugas-tugas menjaga kebersihan ini terletak kepada ‘cleaner’ semata-mata sedangkan pelajar yang menyebabkan kekotoran? Kesedaran menjaga kebersihan serta kesedaran sivik dalam pelajar telah terhakis akibat tiada rasa hormat serta menganggap semua telah tersedia ada dalam melakukan kebersihan.
Ada juga pelajar yang suka meludah merata-rata. Contohnya meludah dari tingkat atas sesuka hati tanpa mengira penghuni di aras bawah. Sampah dibuang dari atas sehinggakan mengganggu penghuni bawah. Bila sampai waktu pagi, ‘cleaner’ terpaksa membersihkan sampah-sampah akibat perbuatan yang dangkal segolongan pelajar yang tidak didik dengan betul semasa proses tumbesarannya.
Kualiti seseorang pelajar boleh dinilai dari segi fizikal dan rohani. Jika keadaannya fizikalnya yang bersih dan cermat, itulah mereka yang bersih dari kebersihan luar dan hati. Hormati hak orang lain serta jagalah kebersihan bersama-sama terutama dalam kampus MICET.
0 Response to "Jahil dan Dangkal"
Post a Comment