Tidak seperti kemudahan lain seperti kipas dalam kawasan kafe yang ditukar walaupun hanya 2 hingga 3 sahaja yang rosak. Semua kipas diganti baru. Rosak satu ganti semua. Rosak semua buat tidak tahu. Apa yang paling mereka utamakan dan apakah kemudahan yang perlu diganti segera?
Contoh karpet dalam bilik T.V. karpet tersebut tidak perlu ditukar sebenarnya kerana masih dalam keadaan elok. Apa yang menjadi tanda tanya, adakah pihak pelajar yang memohon karpet baru atau ada pihak lain yang mahu karpet baru. Kenapa karpet di surau tidak ditukar yang mana karpet tersebut telah haus dan bebenangnya sudah terkeuar sehinggakan mengganggu waktu solat. Adakah mereka tidak pernah masuk surau atau mereka lebih suka menonton T.V? Lain yang diminta lain yang dibuatnya.
Mungkin kerana jika karpet surau ditukar, ia tidak memberikan kesan sebaliknya menganggap ianya libiliti. Karpet di bilik T.V pula kemungkinan menjadi satu aset bagi mereka. Mana kita tahu? Biarlah kita tidak mengejar nama asalkan matlamat yang dikehendaki oleh pelajar khususnya tercapai.
Jika mahu menaik taraf, buatlah untuk semua dan jangan hanya memilih untuk kepentingan semata-mata. Pondok-pondok di gelanggang bola tampar pun sepatutnya tidak perlu kerana itu tempat orang bersukan bukan tempat beristirehat. Kalu mahu berehat pergilah ke kafe atau mana-mana pondok yang tersedia ada. Adakah pondok dibina atas permintaan pelajar? Kemungkinan tidak sama sekali?
Dicadangkan agar pondok-pondok dibina di dalam kawasan padang bola sepak dan bola jaring memandangkan ramai penonton yang jarang menonton bola sepak. Jadi untuk menambahkan ramai yang menonton eloklah ditambah pondok-pondok tersebut.
0 Response to "Upgrade atau Downgrade?"
Post a Comment