MICET Daily Streaming

MARA atau PTPTN?

Oleh Irwan On 12:38 AM

Bermula sesi Julai 2009 berkemungkinan besar UniKL akan diambil alih menjadi sebuah universiti milik penuh kerajaan dan bakal bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Namun kita tunggu dan lihat status tersebut berubah atau tidak.

Sebelum ini pelajar membuat pinjaman melaui pinjaman MARA yang dikhaskan untuk pelajar bumiputera. Pinjaman MARA adalah untuk membantu pelajar bumiputera bagi meneruskan dalam bidang pengajian. Cara bayaran balik pinjaman MARA tidak dikenakan apa-apa bayaran atau caj tambahan.

Tidak seperti dengan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan caj sebanyak 1% kepada pelajar yang melakukan pinjaman di bawah badan tersebut.

Beginilah akan berlaku sekiranya di ambil alih oleh kerajaan. Tiada lagi keistimewaan bumiputera untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak MARA. Inilah yang terjadi kepada MeCD selepas fungsinya digabungkan serta dibesarkan skopnya.

Kembalikan satu-satunya universiti milik MARA dan jangan lagi berlaku seperti UiTM yang dahulunya di bawah MARA terus diambil alih oleh kerajaan serta fungsi pinjaman bertukar status PTPTN. Berikan universiti ini kepada MARA. MARA terus MARA.

Anda mampu memikirkanya untuk masa hadapan sebelum masa hadapan ditentukan oleh mereka.

Category : edit post

0 Response to "MARA atau PTPTN?"

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers