8 Mei bersamaan dengan hari jumaat berlaku dan terjadi lagi sekali pelajar sukar untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Kenderaan tidak disediakan seperti minggu lepas. Akibatnya, ramai yang terpaksa tidak ke masjid.
Apakah alasan kali ini yang akan diberikan oleh pihak MICET? Kalau minggu lepas mereka berkemungkinan memberikan alasan sebab cuti hari pekerja. Tapi untuk hari ini apakah alasannya? Adakah sebab ramai pelajar sudah balik ke rumah? Mungkin ya. Tetapi alasan seperti itu merupakan alas an yang sudah lali kita dengar.
Cuba berfikir diluar kotak dan jangan disempitkan pemikiran dengan perkara-perkara yang kecil ini tetapi member impak yang besar kepada pengurusan. Pelajar yang bercuti bukannya semua yang lepas ambil peperiksaan. Perlu diambil kira pelajar ‘foundation’ cutinya tidak sama dengan cuti pelajar MICET.
Pelajar lelaki ‘foundation’ ada lebih kurang 23 orang dan mereka bukannya ada semua kenderaan unutk bergerak keluar. Kenalah kaji bukan hanya melihat satu sudut sahaja. Fikir ke arah banyak sudut. Kalu pelajar MICET cuti, kena fikir pelajar ‘foundation’ yang tidak cuti.
Kita sedia maklum yang pelajar ‘foundation’ adalah minoriti dari sistem pembelajarannya namun mereka tetap warga MICET bukan? Atau mereka ini golongan asing yang hanya menumpang di MICET selama setahun kemudian akan memilih hala tuju masing-masing?
Keluarlah dari pemikiran sempit agar semua tanggungjawab kepada pelajar dapat dilaksanakan serta kebajikan pelajar tidak terabai. Bila sesuatu organisasi ada dalam MICET, maka mereka adalah warga MICET dan layanan terhadap mereka mestilah adil dan saksama. Sediakan bas atau apa-apa kenderaan supaya pelajar lelaki MICET dapat menunaikan solat jumaat. Jangan berkira dengan duit minyak. InsyALLAH ALLAH akan membayarnya kepada kita di akhirat kelak jika kita melakukan kebaikan.
0 Response to "Lagi Solat Jumaat…"
Post a Comment