MICET Daily Streaming

Mahasiswa Tegakkan Hak Anda

Oleh Irwan On 2:32 AM 1 Komen

Selaku mahasiswa kita seharusnya peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita demi menyelamatkan maruah dari mereka yang tidak bermoral dan rosak akhlak. Sebilangan mereka ini suka menambil kesempatan ke atas pelajar yang terhimpit dengan masalah kewangan. Ini jelas menunjukkan mereka ini hanya memenuhi kantung poket mereka untuk melaksanakan serta menghalalkan cara walaupun ia salah.

Berhati-hatilah dalam berurusan dengan mereka ini. Kadang-kadang mereka boleh mencipta isu dem kepentingan mereka. Jika tidak berhati-hati maka masuk perangkap yang akan meninggalkan parut dan luka yang amat mendalam. Bila sudah ditinggalkan rasa takut maka dosa pahala itu hanyalah setaraf dan bertunjangkan nafsu serakah. Akan tiba suatu masa, kepentingan pelajar hanya bersifat rektorik seperti lakonan dipentas muzikal.

Aneh dan misteri pihak pengurusan sekarang ini. Apakah motif mereka yang sebenarnya? Semakin hari semakin teruk pengurusan mereka dan hanya sebilangan kecil ang jujur dan telus dalam melaksanakan kerja dan yang lain seperti dah ‘out of date’. Jika kelemahan ini tidak di atasi maka lebih parah system pengurusan ini.

Jadikan kelemahan sebagai pengajaran dan jangan menganggap mahasiswa itu lemah. Perlu diingat bahawa mahasiswa boleh meledakkan satu kuasa revolusi yang akan memberikan impak maksima. Kuasa ditangan anda tetapi jangan sampai mahasiswa membuktikan hak mereka. Bertindak adil dan telus berurusan dengan mahasiswa kerana mahasiswa mempunya ak mereka.

Category : edit post

Siapa Dalang Dalam UniKL?

Oleh Irwan On 2:21 AM 1 Komen

Pendedahan demi pendedahan serta kepincangan yang berlaku dalam pengurusan. Kali ini berlaku ia menjadi barah yang merebak dalam UniKL. Bukan sahaja dalam kampus biasa namun sudah tersebar cerita-cerita mengenai kampus UniKL yang lain mengenai kelemahan pengurusan kewangan.

Sila layari apakah yang ingin disampaikan oleh website tersebut?

Layari www.unikltipupelajar.blogspot.com.

Category : edit post

Beri Kami Hak

Oleh Irwan On 1:25 PM 0 Komen

Diharapkan pihak pengurusan MICET dengan kerjasama Penyelia Asrama membenarkan pelajar tahun akhir melaksanakan projek tahun akhir dan pelajar semester pendek menetap di asrama tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.

Ini kerana tugasan yang mereka lakukan berkaitan belajar dan bukan sesuka hati merka mahu menetap di asrama. Berilah mereka bilik yang sesuai untukmereka melakukan kerja projek tahun akhir dan semester pendek tanpa mengenakan sebarang sekatan serta kerenah birokrasi.

Lagi pun pada tarikh cuti semester tersebut, ada program PDMS yang dijalankan. Berilah kelonggaran kepada 3 keistimewaan ini iaitu pelajar tahun akhir melaksanakan projek tahun akhir, pelajar yang mengambil kursus Pilot Design Management System (PDMS) dan subjek semester pendek.

Diharapkan kerjasama dapat diberikan memandangkan aktiviti tersebutberlaku dalam MICET. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.

Category : edit post

Kosongkan Stor?

Oleh Irwan On 8:20 AM 0 Komen

Merujuk memo pengosongan stor yang dikeluarkan oleh pihak HEM, agak janggal kerana memo tersebut tertulis, semua pelajar blok A, B, C, D dan E dikehendaki mengosongkan stor sebelum atau pada 27 April 2009. Bukankah pada tarikh tersebut sepatutnya pelajar perlu menyimpan barang bukan mengosongkannya.

Dalam memo tersebut juga ada tertulis supaya memberitahu rakan-rakan atau menyebarkan maklumat ini supaya dikosongkan stor. Namun yang peliknya hanya satu memo sahaja ditampal di blok D sedangkan papan notis blok E tiada sebarang notis. Kenapa perlu menyebarkannya? Adakah notis yang ditampal tiak mencukupi?

Kebanyakkan memo yang selalu pelajar terlepas pandang adalah memo dari unit ASRA. Ini kerana ASRA hanya menampal notis di bahagian laluan blok akademik sahaja dan bahagian atas blok pentadbiran. Akhir-akhir ini ASRA berjinak-jinak menampal memo dibahagian hostel itupun jika memo berkaitan dengan pihak kewangan.

Category : edit post

Internet Siput

Oleh Irwan On 8:54 PM 0 Komen

Keadaan internet selepas dinaik taraf makin menjadi-jadi ‘siput’. Betapa gahnya dahulu mengatakan internet akan dinaik taraf dan akan ditambah kelajuannya. Namun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Bertambah pelahan dan semakin teruk.

Sebelum dinaik taraf keadaannya bolehlah dikatakan memuaskan walaupun lambat. Tetapi semakin lambat dan akan menjadi lembab suatu hari nanti. Apa sudah jadi dengan internet? Yuran dibayar dan harga yuran naik sehingga RM550/semester namun yang pelajar dapat adalah seperti dahulu. Tiada perubahan yang drastik.

Tidak nampak dan dan kabur tujuan sebenar menaik tarafkan internet di MICET ini. Adakah selepas ini pelajar dikehendaki memasang ‘broadband’ sendiri dan tidak bergantung kepada internet MICET? Keadaan demikian tidak seharusnya berlaku kerana yuran asrama merangkumi semua kemudahan yang ada dalam MICET.

Tidak pentingkah internet kepada pelajar atau sengaja memberi sekatan kepada pelajar agar tidak berinteraksi dengan dunia yang tanpa sempadan ini? Adakah selepas ini akan dikenakan bayaran kepada mereka yang ingin melayari internet? Tidak mustahil mereka akan lakukan demikian.

Internet merupakan sumber rujukan kepada pelajar namun jika kelemahan ini tidak di atasi, lemah juga lah sistem pengurusannya. Lakukan sesuatu untuk jangka masa panjang kerana semester hadapan akan ada kemasukkan baru dan di situlah ibubapa menilai prestasi kemudahan yang ada dalam MICET. Pencegahan lebih baik dari merawat, jika dah dirawat dan tidak sembuh maka tunggu masa untuk pergi.

Category : edit post

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers