Menjelang Karnival Sukan Siswa pada minggu terakhir Jun ini. Atlit-atlit akan mengadakan persiapan yang secukupnya selama 2 minggu dikampus yang dinamakan latihan pusat. Latihan pusat diadakan untuk memberi latihan yang mantap serta keyakinan kepada atlit-atlit yang bakal beraksi pada 23-27 Jun nanti di kampus UniKL MIMET.
Selain itu atlit akan disediakan penginapan serta jadual yang disusun oleh pengurus masing-masing agar mendapat latihan yang secukupnya. Elaun atlit juga dibayar sebanyak RM75 semasa berlangsungnya karnival sukan tersebut atau sebanyak RM15 sehari.
Semua atlit dikehendaki berkumpul di kampus pada 7 Jun sebelum pukul 6 petang kerana disebelah malamnya ada taklimat dari pihak sukan.
Maka berakhirlah Karnival Sukan Staff yang berlangsung selama 4 hari di UniKL MSI. Karvival sukan tersebut berlangsung bermula 20 – 23 Mei 2009. Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan tersebut.
Tahniah kepada yang menang dan yang kalah diharap mencuba lagi pada karnival sukan yang akan datang. Tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi demi memartabatkan sukan. Majulah sukan untuk UniKL.
Kadang-kadang ramai yang masih keliru dengan harga setiap jam kredit yang perlu dibayar. Dulu ada RM245 bagi setiap jam kredit megikut tahap diploma dan ijazah. Harga tersebut mengikut kemasukkan pada tahun tertentu. Sekarang semua seperti dah diselaraskan sehingga mencecah harga RM350 setiap jam kredit. Adakah harga jam kredit untuk diploma dan ijazah sama?
Kenapa harga setiap jam kredit itu terlalu mahal? Dakah mengikut sistem terkini atau apa-apa sistem yang telah sedia ada? Kenapa hal ini tidak dijelaskan kepada pelajar sevara telus dan jujur agar pelajar tidak menjadi tanda tanya?
Mari kita kira harga yuran pengajian untuk semester hadapan iaitu pada Julai 2009. Bagi yuran pengajian peringkat diploma adalah sebanyak RM4500 setiap semester manakala harga bagi peringkat ijazah adalah sebanyak RM6250.
Bagi kursus diploma harga RM4500 adalah untuk 18 jam kredit. Jadi setiap jam kredit berharga RM250. Jadi, ini bermakna yuran jam kredit pada sesi sebelum ini adalah di bawah RM250.
1jam= RM250
18jam= RM250 x 18 = RM4500
Bagi kursus ijazah harga RM6250 adalah untuk 18 jam kredit. Jadi setiap jam kredit berharga RM347.22. Jadi, ini bermakna yuran jam kredit pada sesi sebelum ini adalah di bawah RM350. Namun ada segelintir pelajar peringkat ijazah pada semester lepas dikehendaki membayar pada harga RM350. Apa yang dah berlaku sebenarnya walaupun harga yuran naik tapi masih bawah RM350 namun semester lepas bayaran sudah mencecah angka RM350. Apa semua ni?
Andai kata UniKL di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, sepatutnya akan berlaku beberapa keistimewaan dari segi kewangan atau struktur yuran.
Contoh 1:
Jika di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, harga yuran pengajian sepatutnya tidak mencecah angka RM9000 bagi pengajian diploma manakala RM12000 bagi pengajian ijazah untuk yuran pengajian bagi tempoh setahun ataupun 2 semester. Jika dipecahkan lagi mengikut setiap semester adalah sebanyak RM4500 bagi peringkat diploma dan RM6000 bagi peringkat ijazah.
Ini bermakna ia akan lebih murah dari sebelum ini kerana ia ditanggung di bawah kerajaan dan bukan lagi sepenuhnya swasta walaupun tajaan sebelum ini adalah MARA.
Contoh 2:
Duit saraan pelajar perlu dinaikkan kerana kos saraan hidup yang meningkat serta harga yuran yang tinggi sekiranya ia tetap di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang mengekalkan struktuk yuran seperti pada tapak web micet. Jika harga yuran sebaliknya, maka saraan hidup pelajar kena di kaji memandangkan kos yang tinggi.
Ini kerana kos yang tinggi adalah berkadar langsung dengan saraan hidup pelajar. Sebagai contoh harga minyak naik maka harga barang turut meningkat ekoran kadar inflasi yang tinggi.
Contoh 3:
Dana untuk persatuan dan kelab akan bertambah jika diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dana tersebut merangkumi kelab dan persatuan dalam kampus. Kelab dan persatuan boleh rasa mewah dengan adanya dana yang diperuntukkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti.
Contoh 4:
Pihak pengurusan akan ditukar dengan pihak pengurusan yang baru bagi menyelaraskan segala organisasi yang lama serta meningkatkan kualiti yang sebelum ini agak lemah. Pembaharuan demi pembaharuan bagi menaiktarafkan kualiti pihak pengurusan.
Contoh 5:
Adakah UniKL akan meneruskan status sebagai universiti ‘hand-on’ sekiranya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi? Sebelum ini status UniKL adalah berdasarkan 70% praktikal manakala 30% teori. Adakah selepas ini akan berlaku sebaliknya 30% praktikal manakala 70% teori?
Sama-sama kita tunggu untuk semester akan datang iaitu Julai 2009
Pesanan daripada Unit ASRA kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian agar menyemak nama dan dengan notis seperti berikut:
Kepada Semua Pelajar yang dijangka tamat pengajian dan akan berkonvo pada bulan Oktober tahun ini,
Anda diminta untuk membuat semakan nama di website Unikl dengan segera. Sekiranya nama anda tidak termasuk dalam senarai pelajar MICET yang ada, anda diminta supaya menghubungi ASRA (Cik Rafidah / Puan Norain) dan bukannya menghantar email kepada webmaster UniKL atau tindakan lain.
Sukan Staf Universiti Kuala Lumpur telah dianjurkan buat kali pertama di UniKL MIMET, Lumut Perak pada 2007. Pada kejohanan tersebut semua kampus terlibat kecuali UniKL MITEC tidak menyertai sukan ini.
Acara yang dipertandingkan pada kejohanan kali pertama di UniKL MIMET adalah:
Bola sepak
Bola jaring
Badminton berpasukan
Ping pong
Sepak takraw ( acara regu )
Bola tampar ( lelaki )
Bowling
Pada tahun 2009, UniKL MSI telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Staf UniKL kali ke-2 yang akan berlangsung pada 19 - 23 Mei 2009. Penyertaan adalah dari seluruh kampus UniKL. Acara yang dipertandingkan adalah: