MICET Daily Streaming

Kami Dianak Tirikan

Oleh Irwan On 12:10 PM

Setelah pelbagai isu yang melanda MICET, akan timbul lagi isu berkaitan asrama yang akan menimbulkan ketidakpuasan hati penghuni Blok B, C bagi pelajar perempuan dan E bagi blok lelaki.

Tarikh kemungkinan berlaku pengosongan blok-blok tersebut adalah jatuh pada cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 27 Februari ini sehingga 8 Mac 2009. Pengosongan bilik ini terpaksa dilakukan kerana ada program yang akan diadakan di MICET. Urusan pengosongan ini datang dari pihakUniKL.

Tiada sebarang notis yang dikeluarkan kepada mahasiswa pada peringkat awal untuk memaklumkan bahawa asrama akan dikosongkan pada cuti pertengahan tahun ini. Keadaan ini akan menimbulkan kemarahan kepada para mahasiswa jika perkara ini betul-betul berlaku.

Pihak pengurusan seharusnya bertindak lebih bijak dalam menangani masalah seperti ini. Kegagalan pihak pengurusan dalam melaksanakan tugas dengan baik menandakan pihak pengurusan adalah di tahap yang lemah.

Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak pengurusan mengkaji sebelum melakukan sebarang tindakan kerana ia akan memberi kesan kepada mahasiswa sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.

Category : edit post

1 Response to "Kami Dianak Tirikan"

  1. Anonymous Said,

    micet ni mmg dr dlu mcm ni...pk senang die je xpk senang student...duit sewa bilik dah amek tp boleh plak ske2 die nak suruh org kosongkan bilik...ni semue keparat2 melayu nk buncitkan perot sndri punye keje ni..akal ade xnak gune...dr atas smpi bwh sekor pon xde ke yg terpk cara nak memudah student. tp kalo bab duit laju je mau suruh org byr...fu*k ar mereka2 tu

     

Post a Comment

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers