Penyusunan jadual yang tidak teratur menyebabkan ramai mahasiswa tidak berpuas hati dengan pengurusan Karnival Sukan MICET kali ini. Keadaan ini menyebabkan banyak perlawanan bertembung antara satu sama lain. Pengurusan yang tidak bersistematik menimbulkan kemarahan sesetengah mahasiswa yang mengambil acara sukan kali ini.
Motif utama Kanival Sukan MICET pun tidak jelas kerana tujuan utama adalah untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili MICET ke Karnival Sukan UniKL yang bakal diadakan pada cuti semester ini iaitu pada bulan Mei atau Jun nanti.
Susunan jadual sekadar melepaskan batuk di tangga ini sebenarnya akan melunturkan semangat pemain kerana bersemangat untuk bermain tapi dinafikan dengan keadaan jadual yang tidak tersusun dan kurang efisien.
Sepatutnya perancangan perlu disusun dengan rapi agar tidak berlaku kelemahan. Jika kelemahan yang ditunjukkan terlalu ketara, ini menunjukkan pengurusan sesuatu organisasi itu gagal.
Diharapkan agar pihak terlibat waspada dengan keadaan ini kerana mahasiswa MICET memang aktif bersukan dan jika hak mereka dinafikan, maka kita adalah penghalang utama semangat kesukanan mereka.
0 Response to "Tidak Sistematik"
Post a Comment