MICET Daily Streaming

Tahniah Buat MICET

Oleh Irwan On 8:33 AM 0 Komen

Semalam berakhirlah Karnival Sukan Siswa 09 yang bertempat di UniKL MIMET . Acara tersebut berlangsung bermula dari 23 – 26 Jun yang menyaksikan penyertaan 9 kampus UniKL yang di anggotai MIMET sebagai tuan rumah, BMI juara 4 kali berturut-turut, MFI, MICET, MITEC, RCMP, MSI, City Campus dan MIAT.

Kontijen MICET hanya membawa pulang 1 emas dalam acara bola tampar lelaki, 2 perak dalam acara bola tampar perempuan dan ping pong serta 1 gangsa dalam acara tenis.

Dalam acara boling pula, ada peningkatan dalam kontijen MICET yang mana 2 wakil MICET mendapat top 10 dari 32 individu yang bertanding. Masing-masing di kedudukan ke-6 dan ke-9 dari 32 atlit lelaki. UniKL MITEC tidak menghantar penyertaan untuk boling pada temasya kali ini.

Bagi pasukan bola sepak mereka terpasa menanggung kekalahan awal dan terkeluar persaingan setelah tewas dua perlawanan dalam kumpulan kepada MFI dan BMI.

Tennis, bola jaring dan badminton menunjukkan persaingan yang sengit kepada lawan masing-masing. Ragbi tersingkir selepas mencapai satu kemenangan sahaja.

Dart dengan catur tidak kurang hebatnya dan hanya menduduki tangga kelima persaingan.

Ranking keseluruhan bagi kontijen MICET adalah di tangga ke-4 keseluruhan dan bagi BMI ini merupakan kejuaraan tempat pertama bagi 4 musim berturut-turut dari tahun 2006,2007,2008 dan 2009

Category : | Read More...... edit post

Keputusan Karnival Sukan 09

Oleh Irwan On 3:14 PM 0 Komen

Bowling Lelaki

Tempat ke-5


Bowling Perempuan

Tempat ke-6


Bola Sepak

Tempat ke-9


Bola Tampar Lelaki

Tempat ke-1


Bola Tampar Perempuan

Tempat ke-2


Sepak Takraw

Tempat ke-6


Ragbi

Tempat ke-5


Ping Pong

Tempat ke-2


Badminton

Tempat ke-5


Dart

Tempat ke-5


Catur

Tempat ke-5


Tenis

Tempat ke-3


Bola Keranjang

Tempat ke-5

Category : | Read More...... edit post

Teks Ucapan Dekan Kepada Atlit

Oleh Irwan On 12:37 PM 0 Komen

Bismillahirahmanirahim. Assalamulaikum w.b.t. pertama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada wakil HEM yang diketuai oleh Puan Suhana, terima kasih kepada pensyarah micet, Pn Siti Hasliza dan Tengku Fazli yang bersama-sama kita hari ini.

Sebenarnya saya rasa pelajar-pelajar MICET kalau kita bercakap tentang sukan, anda semua sangat bernasib baik kerana dekan dan timbalan dekan sangat meminati sukan. Sedia dimaklumkan, apapun kamu minta akan dapat kecuali duit.

Difahamkan bahawa pada tahun lepas, MICET berada di tempat ke-4. Biasanya kita kena maju bagi so tahun ini memastikan pencapaian dikekalkan. Mungkin di tempat yang pertama. Betul?

Ada pemain ping pong di sini? Jo ada. Sebenarnya semasa karnival sukan, jo yang melatih saya. Tapi kalah dapat nombor 4. Cabaran kepada pelajar sebab sukan staff kami ada pencapaian dari tempat ke-4 kepada tempat ke-3. Dan sebenarnya dari segi sukan staff, dari segi bilangan pingat, MICET yang paling banyak bukan emas la. Jadi ini cabaran dan saya cabar anda semua sekurang-kurangnya mendapat tempat ke-2 dan bawa balik banya pingat dan jika kamu berjaya seperti sukan staff, diperingkat UniKL, di sini pun kita akan buat sesuatu la.

Pagi ini saya ada dan kita akan perjelaskan tapi saya akan berada di MIMET, lumut pada 23 haribulan mungkin saya akan sampai pukul 2 atau 3 petang dan saya harap ada perlawanan dengan MICET. Saya harap akan berjumpa kamu kerana saya menghadiri ‘open ceremony’ sukan itu tadi, so saya akan bersama kamu-kamu semua. Ada-ada apa masalah yang ingin disampaikan kepada saya sekarang? Boleh saya tahu sasaran pingat dari segi emas, perak dan gangsa? Ada? 4 emas, 3 perak, 3 gangsa. Adakah itu boleh mendapat tempat pertama atau kedua? Ok, apapun yang kita buat kita kena ada sasaran. Ok pesanan saya seperti biasa, bila kita bersukan akan ada sorak dalam pasukan kita. Kalau kita naik atas sikit sorak itu akan jadi ejekkan. Dan naik atas sikit boleh bergaduh. Jadi saya minta kita mestilah ketika bersukan kita jadi orang yang terpelajar dan kita kena bersopan dan jadi orang yang bertamadun. Boleh ejek tapi bukan peribadilah demi kebaikan sukan kita, bukan peribadi. Tolong elakkan dari pergaduhan. Jadi orang bertamadun dan sopan-santun sebab kalau itu berlaku tapi saya rasa pelajar-pelajar micet sangat bertamadun dan bersopan santun, betul tak? Itu ahaja saya ucapkan selamat maju jaya. Kalau menang ‘gold’ tolong sms saya, saya akan gembira. Kalau kalah jangan sms. Dan saya nak ucapkan syabas kepada pelajar semua dan pihak HEM yang telah bertungkus-lumus untuk anda dan sekian terima kasih.

Category : edit post

UniKL Tetap Di Bawah MARA

Oleh Irwan On 12:46 AM 0 Komen

Sebelum ini Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Germany Malaysian Institute (GMI) akan diambil alih oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan akan ditukar staus IPTS kepada IPTA memandangkan fungsi MARA telah digabung serta mengapuskan fungsi MeCD setelah kabinet melakukan penstrukturan semula.

Namun perancangan untuk menjadikan UniKL sebagai IPTA tidak kesampaian kerana mempunyai beberapa faktor yang tdak dapat dielakkan.

Selepas ini pinjaman pengajian pelajar UniKL adalah ditaja oleh MARA lagi seperti sediakala.


Category : | Read More...... edit post

PTPTN Bukan Ah Long

Oleh Irwan On 12:38 AM 0 Komen

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak berhasrat menggunakan pendekatan ala ah long untuk mengutip hutang tertunggak para peminjam yang terus bertambah sehingga kini mencecah RM1.28 bilion.

Langkah itu dianggap tidak sesuai kerana PTPTN ialah sebuah badan kerajaan yang tidak membenarkan tindakan sedemikian dilaksanakan.

Menurut Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman, cara mereka ialah menuntut hutang menerusi saluran undang-undang dan melaksanakan pelbagai kaedah bayaran balik yang memudahkan peminjam.

“Tak bolehlah kita guna cara ah long, setakat ini kalau ada yang tidak mahu bayar kita ambil tindakan mahkamah saja,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Category : | Read More...... edit post

Duit PTPTN Modal Cinta

Oleh Irwan On 12:27 AM 0 Komen

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman mendedahkan ramai penerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gemar menghabiskan wang pinjaman itu sebagai ‘modal bercinta’.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini, trend bercinta sesama rakan semasa menuntut semakin menjadi-jadi dan pelajaran bukan lagi keutamaan.

“Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti.

“Malah, ramai juga yang berani meminta ibu bapa masing-masing mengahwinkan mereka segera sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.



Category : | Read More...... edit post

Kasanova Jerat Mahasiswi

Oleh Irwan On 12:17 AM 0 Komen


PERTEMUAN dengan tetamu ruangan Pengakuan minggu ini dirancang dalam tempoh singkat. Berkenalan dengannya di laman siber, lelaki berusia 33 tahun ini sudi berkongsi pengalaman pahitnya dengan satu syarat iaitu dia tidak mahu gambarnya disiarkan.

Memilih kafe di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pemilik tubuh sasa berkulit kuning langsat yang mahu dikenali sebagai Badrul ini ramah menyambut kehadiran penulis.

“Saya pernah dipenjarakan atas kesalahan menipu, menyamar sebagai pegawai polis dan menggunakan wang palsu.

“Ketika berumur 26 tahun, saya sudah mampu memiliki kereta dan mula main perempuan yang kebanyakan mangsa saya ialah pelajar institusi pengajian tinggi.

“Pada masa itu saya menyamar sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor. Kereta dan kebolehan saya bertutur dalam bahasa Inggeris memang jadi umpan untuk menarik perhatian pelajar wanita.

“Bila mereka sudah ‘cair’, saya ajak mereka ke rumah sewa dengan satu janji iaitu saya akan berkahwin dengan mereka selepas mereka tamat pengajian,” katanya.

Pada pemerhatian penulis, Badrul memang tidak sia-siakan pakej dirinya untuk memikat wanita. Anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini segak orangnya, berperwatakan menarik dan pandai bergaya. Pendek kata, gelaran lelaki metroseksual amat sesuai untuknya.

Tidak cukup dengan meniduri mereka, Badrul memberitahu, dia juga mengajar semua teman wanitanya mengambil syabu atau ice, supaya hubungan seks mereka mampu bertahan lama.

“Macam-macam saya lakukan untuk buat mereka sayang dan percaya pada saya. Tak cukup dengan kata-kata manis dan kesanggupan untuk berkahwin, saya ikut mereka pulang ke kampung dan berkenalan dengan keluarga mereka.

“Malah, saya pernah mempunyai tiga orang tunang pada satu masa. Saya minta tolong rakan-rakan untuk menyamar sebagai ahli keluarga bagi memastikan rancangan saya berjaya,” cerita Badrul.

Menurutnya, setelah ikatan pertunangan dijalinkan, Badrul mula bercerita tentang skim pelaburan yang dijalankannya bersama beberapa orang kawan untuk mencari duit lebih.

“Tidak sukar untuk meyakinkan mereka bahawa pelaburan ini mampu memberi pulangan sehingga tiga kali ganda. Caranya, selepas dua kali mereka melabur, saya memberi pulangan seperti yang dijanjikan.

“Selepas itu berebut ahli-ahli keluarga yang lain melabur sehingga berbelas ribu ringgit dengan harapan dapat duit berkepuk tanpa perlu bekerja,” katanya.

Helah Berkursus

Cerita Badrul, untuk melarikan diri daripada keluarga tiga tunangnya itu, dia menggunakan alasan terpaksa pergi berkursus selama enam minggu sebagai satu prosedur yang wajib dipatuhi untuk kenaikan pangkat.

“Pada masa itulah saya lari dengan duit hampir RM50,000 ke Sarawak. Ketiga-tiga tunang saya tinggalkan. Bukan tak ada rasa sayang dan simpati, tetapi keinginan untuk hidup mewah mengatasi segalanya.

“Di Kuching, saya ulangi perbuatan sama, menggunakan kelebihan diri untuk menipu dan mengumpul seberapa banyak wang,” katanya.

Namun, penyamaran kali ini tidak bertahan lama. Biarpun identiti sebenar tidak diketahui oleh mangsa-mangsanya, Badrul ditahan selepas kira-kira enam bulan meninggalkan Kuala Lumpur.

“Salah seorang tunang telah hamil tanpa pengetahuan saya. Apabila tunang mengakui kami kerap tidur bersama, keluarganya mula mengesyaki sesuatu lebih-lebih lagi selepas diberitahu saya mengajarnya menghisap ice.

“Saya diberitahu, keluarga tunang mencari saya sehingga ke Bukit Aman untuk mengetahui di mana tempat saya ‘berkursus’ untuk segera dinikahkan, namun mereka gagal mengesan saya.

“Salah seorang sepupu mangsa yang berada di Kuching memberitahu mereka pernah terserempak dengan saya memakai uniform polis di sekitar bandar raya itu. Dia lapor pada polis dan tidak lama kemudian saya ditahan,” kata Badrul.

Tak Sempat Minta Ampun

Pengalaman hidup di balik jeriji besi amat menginsafkan Badrul. Baginya, tempoh yang terpaksa dihabiskan sebagai banduan amat menyeksakan lebih-lebih lagi dia ditempatkan di Penjara Pusat Kuching yang jauh dari keluarganya yang menetap di Melaka.

“Semasa tahun pertama saya di penjara, saya sempat mengutus surat buat arwah emak. Dalam surat balasnya, dia berharap dia dapat melawat saya pada Hari Raya. Namun, seminggu sebelum puasa saya dapat berita mengatakan emak meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi.

“Sejujurnya, hubungan kami tidak begitu baik selepas emak berkahwin lagi. Saya jarang balik ke rumah, kalau balik pun, sekadar tunjuk muka. Apabila emak menasihati saya, saya naik hantu. Saya sering menganggapnya berfikiran kolot dan tak layak bercakap dengan saya.

“Selepas emak meninggal dunia, baru saya terasa kehilangannya. Saya belum sempat minta ampun dan kucup tangannya. Apa yang lebih menyedihkan, saya diberitahu emak terlalu memikirkan saya sehingga membawa kepada kematiannya,” ujar Badrul sebak.

Tambah Badrul, walaupun hidupnya terkurung namun penjara adalah tempat dia belajar mengenal kehidupan.

“Banyak yang saya belajar di situ. Saya pandai mengaji dan sembahyang pun di penjara, mungkin itulah hikmahnya,” katanya.

Ingin Tatap Wajah Anak

Badrul yang dibebaskan dua tahun lalu kini sudah berubah. Dia yang sekarang merupakan eksekutif jualan di pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, sudah melupakan kisah silamnya dan membuka lembaran baru.

“Saya mengakui terlalu banyak silap yang saya telah lakukan dan ia adalah pengajaran paling bermakna dalam hidup saya. Bagi insan yang pernah saya tipu, hanya kata maaf yang mampu saya lafazkan.

“Jika saya diberi peluang, saya mahu bertemu dengan anak saya. Saya tidak pernah menatap wajahnya. Semasa di penjara, saya diberitahu tunang telah selamat melahirkan anak lelaki dan meminta saya jangan mencarinya serta anak.

“Saya sudah berusaha menjejaki keluarga tunang saya, tetapi mereka telah berpindah.

“Saya sangat berharap, saya diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai bapa,” rintih Badrul penuh insaf.

IP Anda

IP

Tetamu

About Me

Followers