Ura-ura kedengaran yuran asrama akan dinaikan sehingga 38.9% daripada yuran sekarang akan menimbulkan persoalan kepada pelajar mengapa ia berlaku demikian dalam tempoh yang begitu singkat ini.
Kenaikan daripada jumlah asal adalah sebanyak RM550 setiap semester pada julai 08 kepada RM900 atau kenaikan secara mendadak sebanyak 38.9% ini membebankan pelajar kerana kos hidup yang agak tinggi. Mengapa perlu dinaikkan yuran asrama ini sedangkan tempoh tidak sampai 2 semester kenaikan ini dijangka akan berlaku lagi atau sebaliknya?
Apakah tindakan pengurusan berbuat demikian? Adakah kerana arahan dari pihak canselari atau menggunakan alasan yang lapuk untuk membaiki kemudahan asrama atau mereka sudah ‘kekeringan duit’? Adakah dengan menaikkan yuran ini akan meredakan kesenangan pelajar atau mahu menghukum pelajar agar hidup dalam kesempitan?
Jika alasan untuk membaiki asrama, itu bukan jawapan yang ‘cerdik’ kerana kemudahan yang disediakan hanya ala kadar sahaja. Jika ada perubahan ketara pun bukanlah sehingga hampir mencecah angka RM200 pelajar perlu tanggung setiap bulan.
Harga purata setiap bulan untuk setiap semester bagi sesi julai 2008 adalah sebanyak RM90/bulan atau RM450/semester. Bagi sesi januari 2009 adalah sebanyak RM110/bulan atau RM550/semester dan untuk akan datang jika benar ia berlaku pada sesi julai 2009 akan meningkat sebanyak RM180/bulan atau RM900/semester. Kenaikan ini kenaikan yang agak melampau.
Jika dibandingkan dengan harga asal pada semester julai 2008 iaitu pada takat RM450 setiap semester iaitu kenaikan pada sebanyak RM110 atau 18.2% pada semester januari 2009 boleh diterima oleh pelajar tetapi kenaikan sehingga mencecah RM900 atau 38.9%.
Harga rumah sewa tidak semahal itu. Apakah keistimewaan asrama sehinggakan mencecah nilai yang besar itu? Adakah mempunyai penghawa dingin 4 kuasa kuda, bilik air, dapur atau mesin basuh dalam setiap bilik? Katakanlah kalau RM180/orang dan setiap bilik ada empat penghuni. Jumlah keseluruhan untuk empat orang adalah RM720. Adakah itu murah di asrama? Sedangkan rumah sewa hanya sekitar RM300 hingga RM400 sebuah untuk didiami oleh empat individu. Bukan bilik tapi rumah? Besar lagi dari asrama MICET.
Jika ini benar-benar berlaku, kemungkinan asrama MICET ini akan kosong dan dihuni oleh makhluk halus sahaja. Cuba fikir kesenangan pelajar jangan fikir kesenangan peribadi. Jadilah seperti khalifah Umar B Abdul Aziz. Bagaimana rakyatnya hidup senang dan tidak ada yang terima zakat pada masa itu kerana semua orang kaya. Jangan kerana komisyen akan jadi ‘corruption’.
heh intenet kat micet skang nih laju cam sial~
ko kena fhm laluan jln kaki tu bkn dperbuat dripda besi biasa..emas tu! heh!
hahahah.....
aku pernah ke hostel di kuala lumpur infrastructure university college [KLIUC] fuhh bapak best
nak tau akak aku kena caj rm200 sebulan
bilik kongsi 2org
lengkap: katil besa mcm ostel micet, ada meja study kecik y berasingan dan xleh dialihkan, kerusi y boleh pusing2, bakul sampah, lampu meja, rak kasut dan almari 2pintu...
plus.. lantai dia berkemaskan jubin
mmg privacy laa mcm ala hotel mmg xder gangguan bising sbb bentuk blok hostel dia 2 berbentuk E
dan siap ada lif [may be ada 21 tingkat kot]
kalu mcm ni aku sanggup bayar!!